Jaclyn Victor Akui Bahagia Selepas Berpisah

Tiada apa yang perlu dikes@lkan… Benda sudah berlaku. Kepada mereka yang r!sau dengan kehidupan saya selama ini, saya okay sahaja. Saya bahagia bersama anak-anak… Itu sudah cukup memadai bagi saya,” demikian tutur penyanyi Jaclyn Victor berhubung percer@ian dengan penyanyi berasal dari Amerika Syarikat (AS), Shawn Rivera, bulan lalu.

Jaclyn atau mesra disapa Jac, mengaku bahagia dengan kehidupan sekarang bersama anak-anak dan keluarga yang menjadi sumber kekuatan. Mengulas tind@kannya mengunci mulut ketika berita percer@ian terseb@r, penyanyi yang p0pular dengan lagu ‘Gemilang’ ini menjelaskan, dia mahu menjaga hati banyak pihak.

“Saya ada anak. Saya tak mahu berita seperti ini memberi kesan kepada mereka apabila dewasa nanti. Lagipun, saya bukanlah suka berk0ngsi kisah peribadi,” katanya ditemui pada majlis pelancaran jenama kasut terkenal di sini, hari ini.

Bagaimanapun, Jaclyn enggan mengulas mengenai punca percer@ian itu dan memilih untuk menyimpan rapi kejad!an sebenar demi kebaikan semua pihak terutama anak-anaknya: “Ia sudah berakhir. Kalau dia (Shawn) tak cakap apa-apa, saya pun tak nak cakap apa.

“Saya memang tak mahu buka mulut mengenai hal peribadi. Oleh kerana dia sudah buka mulut, lagilah saya tak nak cakap apa-apa. Semuanya sudah berlaku. Asalkan pihak mereka, keluarga saya dan anak-anak okay, ia sudah cukup,” ujarnya.

Jac berkata, dia tidak pernah menghal@ng Rivera yang juga bekas anggota kumpulan R&B antarabangsa, AZ Yet, bertemu anak-anak: “Anak-anak bersama saya. Kalau dia (bekas suami) hendak jumpa anak-anak, dia kenalah datang ke Malaysia. Saya takkan bawa mereka ke sana (AS),” tegas penyanyi berusia 41 tahun ini.

Menurut penyanyi lagu Gemilang itu, dia bersyukur anak-anaknya disayangi ahli keluarga: “Saya sedar tidak mampu memberi kasih sayang sebagai bapa buat anak-anak. Namun, saya ada adik kandung dan sepupu yang boleh boleh berbuat demikian kepada mereka. Apapun, Shawn tetap bapa mereka dan tidak mungkin saya akan menghal@ng dia berjumpa mereka,” jelasnya.

Januari lalu, Shawn menerusi Facebook mended@hkan perkahwinannya dengan Jac sudah berakhir selepas lima tahun berkahwin dan mengakui keputusan berkenaan sangat sukar mereka. Tanpa mended@hkan punca percer@ian, Rivera sebaliknya berkata, biarlah mereka sahaja tahu apa yang berlaku.

Jac dan Rivera berkahwin di sebuah gereja di Philadelphia, AS pada 19 Julai 2014. Hasil perk0ngsian hidup, mereka dikurniakan sepas@ng cahaya mata iaitu Jonah Joshiah Rivera, 5, dan Molly Marguerite Rivera, 3. – Sumber & foto dipetik dari Myartis, Berita Harian, Harian Metro & Instagram Jaclyn Victor

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*