Raf Minta Maaf Tak Dapat Umrah Bersama Anak-Anak

Menerusi laman Instagram, pelakon Raf Yaakob telah memoh0n maaf kepada anak-anaknya, Raden Ahmad Rayyan dan Raden Seri Raysaa Chanela kerana tidak dapat membawa mereka bersama-sama bagi mengerjakan ibadah umrah.

Kata Raf, dia berasa sed!h melihat anak-anaknya menang!s sebelum berangkat ke lapangan terbang. Dalam pada itu, suami kepada pelakon Mawar Rashid ini tidak sabar menanti hari ulang tahun kelahiran puteri tunggalnya yang kelima.

“@radenrayyanraf and @raysaachanelaraf, papa mintak maaf tak dapat bawak kalian berdua ke Umrah sekali ngan @radenrafaelraf atas sebab2 tertentu. Sed!h sangat tengok kalian berdua menangis hug papa and mommy kat rumah before we left to airport.

“Tapi takpe… cos in 3 months time when Chanela turns 5, things will be much easier. Because that time Chanela dah bole tido dengan Raf. FINALLY! Boleh la plan pergi Umrah dan holiday memane berlima for the first time #MawaRadens,” tulisnya.

Terdahulu, Raf telah berangkat ke tanah suci Mekah bagi mengerjakan umrah bersama Mawar serta membawa anak mereka Rayden Rafael. Raf dan Mawar mendirikan rumah tangga pada 9 November 2017 dan dikurniakan dengan kehadiran Rafael pada 13 Mac tahun lalu. Mawar turut mempunyai dua orang anak tiri, Rayyan, 8 dan Raysaa, 4, hasil perkahwinan Raf bersama bekas isteri. – Sumber & foto dipetik dari Myartis, Astro Gempak & Instagram Raf Yaakob

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*