Foto Sekitar Majlis Pernikahan Tasha Shilla, Akan Ikut Suami Ke Singapura

Alhamdulillah… tahniah kami ucapkan kepada pelakon, Tasha Shilla yang kini telah sah bergel@r isteri kepada Muhammad Atiq Idris dengan sekali lafaz. Pas@ngan itu dinikahkan bapa pengantin perempuan, Abd Razak Razali dan disaksikan Imam Besar masjid berkenaan, Tuan Haji Ehsan Mohd Hosni pada majlis ringkas diadakan di Masjid Wilayah, jam 9.59 pagi ini.

 

Dalam majlis itu, pengantin lelaki menyerahkan mas kahwin RM800 dan sebentuk cincin. Tiada dulang hantaran diserahkan kedua pihak. Manakala, wang hantaran dir@hsiakan atas permintaan keluarga. Anggun mengenakan persalinan rona putih rekaan Hatta Dolmat, Tasha atau nama sebenarnya, Nastashashila Abdul Razak bersyukur perancangan sejak beberapa bulan lalu berjalan lanc@r.

Sementara itu, Tasha memberitahu dia tidak mengheb@hkan niat untuk mendirikan rumah tangga pada umum kerana berasakan ia terlalu peribadi. Pelakon ini turut memberitahu akan menetap di Singapura bersama suami yang bekerja dalam bidang kewangan di sana.

“Semuanya berlaku begitu pant@s. Alhamdulillah, impian, niat dan hajat yang saya simpan selama ini dipermudahkan. Saya percaya ada hikmah di sebalik segala-galanya. Saya akan tinggal di Singapura mengikuti suami, selepas selesai majlis bertandang.

“Saya bersyukur bertemu jodoh dengan lelaki yang dicintai, biarpun semuanya berlaku begitu pant@s. Semoga fasa baharu dalam kehidupan ini terus mematangkan saya dan suami. Insya-Allah,” katanya.

Pas@ngan sebaya berusia 33 tahun itu diperkenalkan seorang teman. Mereka berkenalan pada Disember lalu dan mengikat pertunangan pada 23 Februari lalu: “Perkenalan bermula di sebuah acara amal di Masjid Wilayah. Tanpa diduga berputik rasa sayang dan cinta. Tak sangka segala perancangan dipermudahkan. Saya percaya inilah jodoh yang diaturkan Yang Maha Esa,” ujarnya.

Tasha berkata, dia tenang dan bahagia ketika berada di sisi Atiq: “Saya percaya inilah cinta sejati yang dicari-cari selama ini,” tuturnya.

Sementara itu, Atiq yang bekerja dalam bidang kewangan di Singapura mengakui menyenangi sifat Tasha: “Meskipun luaran Tasha nampak gar@ng, dia sebenarnya baik, lembut, menyayangi keluarga, suka kanak kanak dan menjaga solat. Saya tidak akan menghal@ng Tasha meneruskan kerjaya sebagai pelakon. Cuma, saya berharap dia akan menjaga adab dan solat,” jelasnya.

Pada Ahad lalu, pas@ngan ini mengikat tali pertunangan setelah dua bulan berkenalan. Tasha berkata dia bersetuju menerima lamaran Atiq kerana merasakan jejaka itu adalah cinta sejati yang dicari selama ini. Difahamkan, majlis resepsi pertama akan berlangsung petang ini, manakala bertandang minggu hadapan. – Sumber & foto dipetik dari Myartis, Berita Harian, mStar, Instagram CST Production, Mahligai Cinta TV3 & Hatta Dolmat

Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Like Page Kami Juga Di Facebook @Glowmedia

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*