“Allah Nak Tunjuk Sesuatu…” – Naim Tenang Hadapi Isu Hakcipta ‘SUMP4H’

Penyanyi Naim Daniel yang sebelum ini terpalit dengan k0ntr0versi melibatkan pemilikan lagu berjudul ‘Sum.pah’ itu sentiasa tenang dan ambil perkara itu secara p0sitif. Naim, 23, berkata dia menganggap isu yang berlaku itu sebagai teguran daripada Allah untuk memperbaiki kekurangan dirinya supaya menjadi yang lebih baik.

“Bagi saya, apa saja yang berlaku kita kena hadapi dengan tenang. Sebab itu, saya sentiasa mahu berk0ngsi dan se.barkan perkara yang p0sitif. Isu itu juga tidak menjejaskan imej saya. Malah, saya melihat semakin ramai orang mendoakan yang baik-baik saja. Saya percaya apa yang jadi bukan datang kosong, tapi Allah nak tunjuk sesuatu yang kurang pada kita untuk belajar menjadi yang lebih baik,” katanya.

Sebelum ini, isu pemilikan ‘Sum.pah’ terus berpanjangan apabila bekas kekasih Naim iaitu Dayana Emerda membuat tuntutan mendaftar semula lagu itu sebagai karya bersama. Kemel0t antara mereka timbul selepas lagu ciptaan Naim dan Omar K itu diumumkan sebagai juara Anugerah Juara Lagu 34 pada 9 Februari lalu.

Pada 29 Februari lalu, Naim dan pihak syarikatnya WPW Entertainment tetap dengan pendirian untuk meminta Dayana menghantar segala bukti melalui kiriman emel. Dalam pada itu, penyanyi lagu Sembah ini memberitahu dia enggan membiarkan k0ntr0versi itu menganggu perjalanan karier seninya.

“Alhamdulillah, selepas AJL saya melihat seakan-akan semua pihak merestui apa yang saya lakukan. Masih banyak lagi yang saya perlu belajar dan expl0re. Saya sangat bersyukur dengan apa yang saya ada sekarang. Saya hanya ingin teruskan kehidupan yang lebih baik selepas ini. Saya mahu menghargai semua peminat yang banyak menyok0ng saya selama ini,” ujarnya. – Sumber dipetik dari Myartis, mStar

 

Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Like Page Kami Juga Di Facebook @Glowmedia

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*