Sejak pengumuman mengenai pelaksanaan Perintah Ka.walan Pergerakan dibuat oleh Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin rata-rata warganet mulai panik kerana beranggapan ianya seperti sebuah perintah berkurung. Kesannya,mereka mula membanjiri kebanyakan pasaraya berhampiran sehingga mencet0skan ‘panic shopping’.
Rosyam Mart Dibanjiri Orang Ramai
Ini termasuklah di pasaraya milik pelakon Datuk Rosyam Nor,ST Rosyam Mart yang dibanjiri orang ramai apatah lagi pasaraya tersebut dibuka selama 24 jam. Mengambil kira faktor kerajaan yang meminta rakyat untuk tidak panik dan menggunakan kaedah ‘social distance’, Rosyam terpaksa membuat sekatan dengan menghadkan kemasukan pelanggan ke dalam pasaraya sejak semalam.
Mohon Maaf
Dalam pada itu, dia turut memoh0n maaf kerana langkah tersebut terpaksa dibuat kerana bimbang keadaan akan menjadi tidak terka.wal selain mengharapkan orang ramai boleh bersabar.
“saya harap yang ada dekat luar boleh bersabar sebab dalam pasaraya dah terlalu padat sangat. Kalau kita bagi semua orang masuk, nanti akan jadi lebih padat dan semua orang nak beli barang nanti akan jadi kelam kabut. Jadi harap bersabar kerana kami buka 24 jam dan Insyallah st0k akan semua ada serta jangan panik”
View this post on Instagram
Di kesempatan itu, Rosyam turut berpesan agar orang ramai tidak panik dan segala st0k barangan akan mencukupi dan orang ramai boleh berkunjung ke pasaraya miliknya dalam masa tertentu dan akan dibuka 24 jam sehari. – Sumber dipetik dari Murai.my
Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!
Like Page Kami Juga Di Facebook @Glowmedia
Leave a Reply