Fikri Ibrahim Hulur Bantuan, Prihatin Dengan Nasib Penuntut UITM

Pelakon Fikry Ibrahim, 26, yang pernah melalui zaman keperitan sewaktu berge.lar penuntut itu telah mendor0ngnya untuk menghulurkan bantuan buat pelajar Universiti Teknologi MARA (UiTM) Shah Alam yang terjejas akibat penu.laran wa.bak C0VID-19.

Bantuan berbentuk makanan seperti roti dan mi segera disumbangkan kepada penuntut yang menginap di luar kampus yang tidak berkesempatan pulang ke kampung halaman berikutan Perintah Ka.walan Pergerakan dikuat kuasa sejak minggu lalu.

Fikry berkata, ia adalah hasil inisiatifnya kerana memahami keadaan penuntut yang berdepan dengan kedudukan kewangan terbatas. Bagaimanapun, katanya, dia berharap usahanya tidak disalah erti. Malah, dia juga bim.bang ditud0h menunjuk-nunjuk selepas memberi sumbangan.

Awalnya, pemenang tempat ketiga pr0gram Lawak S0lo itu enggan berk0ngsi usahanya itu. Namun, selepas puas memujuk akhirnya pelakon drama Cik Reen Encik Ngok Ngek akur sekiranya usaha murninya boleh menjadi inspirasi kepada masyarakat.

“Usaha murni ini lahir atas inisiatif sendiri, bukan pengaruh sesiapa. Saya terpanggil menghulurkan bantuan kerana bersimpati memikirkan nasib penuntut yang tidak dapat pulang ke kampung halaman disebabkan arahan Perintah Ka.walan Pergerakan selama dua minggu.

“Saya tahu tak ramai mereka boleh memasak di rumah, ada masa tiada wang mencukupi. Lagipun, UiTM juga ditutup, jika ada pr0gram yang boleh ambil makanan sekurang-kurangnya ringan sedikit bebanan mereka.

“Saya pernah bergelar penuntut, jadi saya tahu keadaan mereka. Saya juga pernah tidak makan kerana kekurangan wang. Jadi, saya terus menghubungi pihak UiTM yang menguruskan hal ehwal pelajar untuk memanjangkan bantuan berkenaan,” ujarnya.

Fikry berkata, bekalan makanan yang dihulurkan mungkin boleh bertahan selama beberapa hari. Tetapi, dengan jumlah penuntut yang ramai, ia mungkin boleh habis dalam tempoh lebih singkat.

“Saya tak tahu berapa lama bekalan makanan boleh bertahan. Mungkin perlu dibantu lagi. Saya akan menghubungi pihak UiTM sekiranya perlu. Cuma, saya berharap semoga lebih ramai dapat membantu. Tak kisah dalam apa juga situasi,” katanya. – Sumber dipetik dari Myartis, Berita Harian

 

Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Like Page Kami Juga Di Facebook @Glowmedia

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*