Risau Keluarga Di Filipina, Mark Adam Hulur Bantuan Kewangan

Berikutan penu.laran wa.bak C0vid-19 di seluruh dunia ketika ini, penyanyi Mark Adam, 40, risau dengan keadaan keluarga di Filipina. Mark berkata, sumber asas di sana tidak seperti di Malaysia dan kini menjadi tanggungjawabnya untuk membantu keluarga terutama ibunya, Florenda Macaraig Echivarre.

“Saya sangat bimbangkan keadaan mereka. Dari segi bekalan keperluan asas dan peru.batan, mereka mungkin tak ada banyak bekalan seperti di Malaysia. Menjadi tanggungjawab saya untuk membantu mereka. Setakat ini, apa yang saya boleh buat untuk bantu mereka adalah dengan menyalurkan bantuan kewangan bagi memastikan mereka dapat membeli barangan keperluan harian,” ujarnya.

Setakat ini, Filipina mencatat lebih 500 kes p0sitif C0vid-19 dengan 35 kema.tian. Bagaimanapun, Mark bersyukur kerana kakaknya sentiasa berhubung dan memaklumkan perkembangan terkini mengenai keluarganya yang menetap di Cebu.

 

“Kakak saya sering berhubung dengan saya dan beritahu sekiranya keluarga saya memerlukan apa-apa. Yang paling penting sekarang adalah bekalan makanan memandangkan mereka pun tidak digalakkan untuk keluar rumah seperti kita,” tuturnya.

Mark juga menasihati masyarakat supaya duduk di rumah dan sentiasa menjaga kesela.matan terutamanya bagi mereka yang menetap serumah bersama warga emas: “Sistem imunisasi warga emas mungkin tidak sekuat kita dan mereka lebih mudah dijang.kiti penya.kit.


“Jadi, kita janganlah keluar dari rumah dan ‘bawa pulang’ penya.kit yang boleh memuda.ratkan orang tua kita,” kata Mark yang kali terakhir pulang ke kampung halamannya adalah pada awal tahun lalu. – Sumber & foto dipetik dari Harian Metr0 & Instagram Adam

 

Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Like Page Kami Juga Di Facebook @Glowmedia

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*