“Ramai Artis Yang Dah Derma Diam-Diam… Ramai Yang Tunjuk Her0…” – Sharifah Sakinah

Semua mengetahui mengenai isu dimana ada perselisihan faham di antara gol0ngan artis itu sendiri hanya kerana dana pemberian kerajaan untuk membantu rakyat Malaysia. Ada artis yang turut mahukan bantuan, ada yang kata tidak perlu, dan ada pula pihak yang menud0h artis berduit tetapi kedekut untuk menghulurkan bantuan.

Pertela.gahan yang kalah jadi abu, menang jadi arang. Tidak menguntungkan sesiapa. Itulah yang hendak disampaikan oleh pelakon Sharifah Sakinah pada satu entri di Instagramnya: “Alhamdulilah, kami tak perlukan bantuan. Itu pentingnya SAVING. Kami takda bag mahal, kami enjoy je. Percaya kepada rezeki memberi.

“Ramai artis yang dah derma diam-diam tapi korang tatau. Ramai yang mengambil kesempatan dengan content ‘spill the tea’ artis, ramai yang sedang tunjuk her0 (tapi itu boleh membatu apikan keadaan lagi),” tulis Sakinah.

Tambah Sakinah, ketika ini seolah-olah berlaku ‘civil w.ar’ antara mereka yang bertekak siapa yang patut dapat apa, siapa yang lebih seng.sara dan sebagainya: “Tak kiralah sama ada kita B40, T20, PN, atau PH, bangsa Melayu, Cina, Johor, Kadazan atau negara besar macam US atau China. Kita semua hamba Allah di muka bumi. Kita kena jaga satu sama lain. Kita sentiasa saling memerlukan. Semoga Allah mengampunkan kita semua,” tulis Sakinah.

Tambah Sakinah lagi, ini baru dugaan sekecil zarah tetapi kesannya pada seluruh muka bumi tidak kira siapa dan taraf mereka: “Kita ketepikan perbezaan antara kita dan f0kus kepada cara untuk membantu. Setiap daripada kita ada fungsi tersendiri dalam satu keluarga besar yang dinamakan kemanusiaan.

“Sakinah sedih tau. Patutnya kena kerjasama, ni bergad0h-gad0h,” tambah Sakinah lagi yang menerima k0men dimana ramai yang bersetuju dengan apa yang ditulis olehnya yang kita semua sepatutnya bersatu ketika menghadapi ben.cana yang melanda, bukannya sibuk mencari salah antara satu sama lain. – Sumber & foto dipetik dari Astr0 Gempak, Beautifulnara & Instagram Sharifah Sakinah

 

Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Like Page Kami Juga Di Facebook @Glowmedia

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*