Isu Poligami, Panggil Isteri Rasulullah ‘Orang Tua’ – PU Azman Moh0n Maaf

Ekoran kenyataan ketika sesi siaran langsung akaun Instagramnya baru-baru ini, pendakwah bebas, PU Azman atau nama penuhnya Azman Syah Alias tampil membuat permoh0nan maaf secara terbuka dan menyifatkan kenyataannya sebelum ini telah disalahertikan oleh segelintir pihak.

“Cik Man minta maaf terhadap salah faham terhadap kenyataan Cik Man yang mengatakan poligami bukanlah sunnah tapi keadilan itu Sunnah. Cik Man bukan menolak kesunahan poligami secara total tetapi menepis pendirian segelintir yang mengatakan sunnah poligami hanya berdasarkan kepada bilangan tapi mengabaikan soal keadilan dalam rumahtangga,” katanya.

Terdahulu, menerusi sesi siaran langsung Instagram, PU Azman juga difahamkan telah menggunakan panggilan kurang sesuai iaitu ‘orang tua’ merujuk kepada isteri-isteri Rasulullah.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Cik Man (@puazmanofficial) on

“Cik Man juga memoh0n maaf atas penggunaan perkataan yang kurang sesuai merujuk kepada isteri-isteri Rasulullah iaitu ‘orang tua’. Tidak ada bentuk pengh!naan ke atas mereka tetapi merujuk isteri-isteri Nabi adalah wanita-wanita yang pernah berkahwin sebelum berkahwin dengan Rasulullah,” ujarnya.

Sehubungan itu, PU Azman turut berterima kasih kepada pihak tertentu yang tampil membantu dan membuat teguran terhadapnya: “Cik Man ucapkan terima kasih kepada ustaz-ustaz dan individu yang memurnikan salah faham ini dan memberi teguran,” tambahnya. – Sumber & foto dipetik dari Myartis, Astr0 Gempak & Instagram PU Azman

 

Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Like Page Kami Juga Di Facebook @Glowmedia

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*