Vivy Yusof Didakwa C!plak Corak Rekaan Tudung, Qi Razali & Kekasih Luah Rasa Kesal

Nama Vivy yusof baru sahaja reda dari kontr0versi susulan kenyataannya didak.wa mengh!na gol0ngan B40 dan M40. Namun kembali ha.ngat apabila timbul lagi isu ha.ngat melibatkan usahawan selebriti terkenal itu apabila didak.wa telah menciplak corak rekaan tudung seorang personaliti TV & model, Sleepyllama.

Corak rekaan tudung oleh Sleepyllama atau nama sebenarnya Nia Atasha itu penah dikeluarkan pada tahun 2018 itu dilihat hampir sama dengan koleksi tudung terbaru jenama dUCk yang dilan.carkan semalam. Isu tersebut turut mendapat perhatian warganet apabila Nia memuatnaik gambar untuk membandingkan rekaan dan konsep photosh00t miliknya dengan koleksi terbaru yang digunakan Vivy, The Artsy Duck.

Bagaimanapun, Vivy menafikan dak.waan tersebut dan menegaskan bahawa rekaan tudungnya adalah rekaan asli. Jelasnya, pereka-pereka tudungnya telah berusaha keras untuk menghasilkan rekaan tersebut buat peminat-peminat jenama dUCk.

“Bagi kempen untuk koleksi ini, memandangkan ia dige.lar Artsy dUCk, kami berpendapat sesuai untuk mengadakan tema studio artis. Sudah ramai yang membuat konsep sebegini tetapi seperti biasalah, jika dUCk yang buat, orang ramai akan berkata, jom boikot dUCk,” tulisnya.

Malah, menerusi Instagram, Vivy menjelaskan tudung dari Sleepyllama itu dikeluarkan pada pada Disember 2018 dan produknya yang menggunakan rekaan tersebut telah dibincangkan sejak bulan Jun pada tahun yang sama. Bagaimanapun, Nia tidak hanya berdiam diri dimana dia turut menunjukkan bukti email dimana rekaannya itu telah dibincangkan sejak bulan Mei.

Sementara itu, pengacara Qi Razali menyatakan kekesalan terhadap tindakan Vivy. Kata Qi, tindakan Vivy telah memusnahkan usaha dan cita-cita individu lain yang sebelum ini bertungkus-lumus untuk memajukan jenama mereka.

“Nak ciplak pun agak-agaklah. Aiyo, sepertimana saya katakan, PKP ini semua perangai sebenar keluar. Dia telah memusnahkan usaha dan cita-cita individu lain. Kita akan move on tetapi dia akan hidup dengan situasi ini.

“Saya tak boleh duduk diam dan tengok saja. Saya suspek pasukan dia pun ada kena mengena, come on, takkan semua rekaan dia buat sendiri.Tapi menjadi tanggungjawab dia untuk memecat pasukannya itu,” kata Qi.

Dalam masa sama, Nia berk0ngsi luahan hati di Instagram Stories mengenai situasi memalukan itu: “Dua tahun lepas saya mengeluarkan koleksi tudung yang saya reka ilustrasikan berkolaborasi dengan Soonaru.

“Selama enam bulan saya bekerja keras untuk memastikan kolaborasi ini berhasil. Tapi dua tahun kemudian iaitu hari ini, saya dapat tahu Duck menghasilkan sesuatu lebih kurang sama. Saya faham tiada apa yang original dan sesiapa sahaja boleh menginspirasikan dari mana-mana. Tetapi saya rasakan ia kurang tepat. Konsep kempen dan semuanya. Entahlah,” tulis Nia yang merupakan teman wanita Qi.

Ramai dalam kalangan pengguna media sosial yang menyifatkan tindakan Vivy dan pasukannya tidak betul. Namun, ada segelintir yang melihat seni itu suatu yang subjektif. Ini bukan kali pertama Vivy didak.wa menciplak rekaan jenama lain, sebelum ini tu.lar apabila Fashion Valet dikatakan telah menciplak rekaan pereka untuk jenama kecil. Difahamkan, koleksi Artsy dUCk dijual pada harga RM200 sehelai. – Sumber dipetik dari Myartis, Rotikaya & Astro Gempak

 

Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Like Page Kami Juga Di Facebook @Glowmedia

 

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*