Menangis Rupanya Boleh Bantu Wujudkan Rasa Gembira Dan Seronok

Menangis adalah salah satu perbuatan yang biasa ditunjukkan apabila berhadapan dengan emosi sedih, gembira, marah dan juga takut.

menangis rupanya boleh bantu wujudkan rasa gembira dan seronok

Bola mata yang kering akan kembali lembap selepas menangis. Ketika ini, mata akan berasa lega dan bergerak dengan lebih lancar.

Sebenarnya, apabila kita menitiskan air mata, bahan anti kuman yang melindungi mata dikeluarkan, yang juga bertindak sebagai antibiotik semulajadi kepada mata. Jadi tidak hairanlah selepas menangis, mata kita akan kelihatan seperti segar semula.

menangis rupanya boleh bantu wujudkan rasa gembira dan seronok

Malah selepas menangis juga hormon oxytocin dan endorphins akan dirembeskan menyebabkan rasa lega pada emosi dan fizikal. Hormon ini jugalah yang membangkitkan rasa gembira dan seronok dan membuatkan seseorang itu menjadi tenang.

Bagaimanapun, menangis juga boleh jadi tanda-tanda kemurungan. Individu yang menangis tanpa sebab jelas dan terlalu kerap boleh menyebabkan aktiviti harian terjejas. Segera dapatkan rujukan doktor untuk rawatan lanjut.

Sumber: Public Health Malaysia