Dibina ‘Guna’ Tul4ng 4 Kerat, Hati Dr.Zulkifli Tertawan Pada Surau Langgar Rindu

Surau yang diperbuat dar kayu dinamakan Langgar Rindu di Kampung Rhu Tapai, Merang merupakan hasil keringat dan kudrat tulang empat kerat dibina untuk diabadikan sebagai rumah ibadat bagi komuniti setempat.

Bahkan, pintu rumah ibadat ini terbuka luas bagi tempat persinggahan untuk mereka yang bermusafir untuk menunaikan solat. Haji Abdul Karim Embong, ataupun dikenali sebagai Pok Su, berjaya membina surau dengan seni bina unik ini dengan hanya menggunakan kayu pokok tembesu terbuang serta kayu cengal.

Menteri Hal Ehwal Agama, Dr.Zulkifli Mohamad al-Bakri juga sempat berkongsi keterujaan beliau menjejakkan kaki ke Surau Langgar Rindu pada hari ini sewaktu berada di negari Terengganu.

Beberapa keping gambar beliau bersama Poksu dan sekitar Surau Langgar Rindu juga telah di muat naik sebagai tanda ingatan.

Sudah pastinya, di ruangan perkongsian beliau dipenuhi dengan komen serta kata-kata pujian mengenai kecantikan serta keunikan Surau Langgar Rindu ini.

Sumber: Twitter ,KLpress