Anj!ng Diwarna Seperti Harimau Persatuan Haiwan Tawar Hadiah Pemberi Maklumat

Persatuan Haiwan Malaysia (PHM) menawarkan hadiah kepada pemberi maklumat berhubung tindakan pihak tertentu mewarnakan anjing menyerupai harimau.

Dalam satu hantaran di Facebook, persatuan itu turut berkongsi gambar-gambar anjing berkenaan, bagaimanapun tidak dapat dipastikan tempat dan masa kejadian.

Persatuan itu turut menawarkan hadiah kepada mana-mana individu yang mengetahui tentang kejadian itu.

“Bantu Animal Malaysia cari tahu lokasi di mana dan milik siapa?

“Hadiah misteri menanti kepada pemberi maklumat lengkap jika ianya dalam negara ini.

“WhatsApp Hotline Animal Malaysia +601120901097,” tulis persatuan itu di Facebook.

Tidak dapat dipastikan sama ada anjing berkenaan memiliki tuan atau tidak.

Sumber: mStar