“Law4t Makm4l Kesihatan Di Sabah,” DG Hisham ‘Payung’ Selfie Bersama Fr0ntliner

Melakukan lawatan rasmi ke Makmal Awam Kota Kinabalu siang tadi, Ketua Pengarah Kesihatan Malaysia, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah telah memuat naik beberapa gambar dan juga laporan ringkasnya bersama petugas kesihatan di sana.

Paling mencuri tumpuan sudah tentu selfie beliau bersama barisan petugas hadapan di makmal tersebut yang terlihat ceria menyambut kehadiran ‘hero negara’ itu ke tempat mereka.

Di kesempatan itu, Dr Noor Hisham sempat mengucapkan tahniah kepada para petugas belakang tabir di semua makmal-makmal kesihatan kerana menjadi sebahagian daripada barisan hadapan dalam perkhidmatan kesihatan Malaysia.

Seperti biasa, posting tersebut telah dipenuhi dengan ucapan tahniah serta pujian daripada warganet kepada ketua pengarah kesihatan tersebut yang menjadi ‘ketua panglima’ dalam peperangan melawan pendemik ini.

Mereka turut mengalu-alukan kehadiran beliau ke Kota Kinabalu dengan hati terbuka dalam lawatan rasmi tersebut.

Sumber: Dr Noor Hisham