“Kedai RM 2 Ada K3s P0sitif C0vid-19,” Tapi Pihak Kedai Jamin Selamat Nak Kunjung Sebab…

Kedai RM 2, Setia, Seremban telah dilaporkan ada kes positif Covid-19. Kenyataan itu didedahkan menerusi laman rasmi Facebook mereka.

Walaubagaimanapun, mereka menegaskan bahawa kedai mereka telah dibuka semula dan dijamin selamat untuk dikunjungi.

Kes positif Covid-19 itu melibatkan seorang pelanggan yang hadir ke kedai tersebut, jadi mereka mengumumkan ianya selamat kerana premis itu telah dibersihkan secara menyeluruh oleh KKM dan mereka mengesahkan bahawa tidak ada kakitangan yang diuji positif.

“Yakinlah bahawa Setiahub terus mengambil langkah pencegahan yang diperlukan untuk memastikan persekitaran membeli-belah yang selamat dan bersih untuk pelanggan dan rakan niaga yang kami hargai.”

Malah, kedai tersebut mendapat kelulusan KKM untuk meneruskan operasi seperti biasa.

Sumber : lobak merah