“Susv Ibu Didkwa Pen4war C0vid-19,” Penemvan Terbah4ru Salntis China

Umum mengetahui, pandemik Covid-19 didakwa muncul di sebuah pasar basah di Wuhan, China.

Sehingga kini masih tiada vaksin yang berjaya dihasilkan. Namun pelbagai kajian yang dijalankan bagi mencari penawar bagi penyakit ini.

Terkini saintis dari Beijing, China melaporkan susu ibu dipercayai mampu mencegah atau merawat Covid-19. Wow betul ke?

Pasukan penyelidik di Beijing menguji kesan susu ibu pada sel yang terdedah kepada virus Sars-CoV-2.

Harian Metro memetik South China Morning Post memaklumkan susu yang dikumpulkan pada 2017 itu diuji dan berjaya menemui variasi jenis sel antaranya sel ginjal haiwan hingga sel paru-paru dan usus manusia muda.

Hasilnya, kebanyakan strain virus hidup dibunuh oleh susu berkenaan.

“Susu ibu menyekat virus, kemasukan dan replikasi virus awal,”

Susu ibu meningkatkan risiko penularan virus?

Penyusuan susu ibu sebelum ini dilihat meningkatkan risiko penularan virus. Ekoran itu, Pusat Kawalan Penyakit Amerika Syarikat juga mengingatkan bayi disyaki atau disahkan membawa Covid-19 tetapi masih menyusu juga harus dilihat sebagai pembawa ‘suspek’.

Namun, kajian terbaru menyokong kenyataan rasmi Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) iaitu ibu harus terus menyusukan bayi mereka walaupun mereka dijangkiti Covid-19.

Susulan itu, Profesor Tong Yigang dari Universiti Teknologi Kimia Beijing mengambil inisiatif untuk mengkaji kandungan susu ibu dengan mencampurkan beberapa sel yang sihat dalam susu ibu, kemudian mencuci dan mendedahkannya kepada sel virus.

Hasil kajian mendapati hampir tiada ikatan virus masuk ke sel ini dan rawatan juga menghentikan replikasi virus pada sel yang sudah dijangkiti.

Kajian ini juga membawa kepada keputusan bahawa jangkitan itu dapat dimusnahkan oleh susu ibu, yang sudah diketahui memiliki efek penekan pada bakteria dan virus seperti HIV.

Sumber : lobak merah