Frontliners cari kayu sambung titi patah jadi idea nama ‘Kluster Titian’ di Labuan

Semangat petugas kesihatan dalam memastikan semua pihak yang dij4ngkiti pandemik C0vid-19 menerima raw4tan sewajarnya sangatlah dipuji.

Merentasi hutan dan juga kawasan perumahan atas air di sekitar Sabah dan Labuan bukanlah sesuatu yang mudah untuk mereka, lebih-lebih lagi terpaksa membawa peralatan madikal dan juga memakai sut PPE yang lengkap.

Pelbagai cabaran mereka hadapi demi tugas untuk negara serta rakyat. Oleh itu, menerusi perkongsian seorang doktor dikenali sebagai Ismuni bin Bohari, dia telah memuat naik kisah bagaimana nama Kluster Titian diperoleh di Labuan.

Menurut Dr Ismuni, dia dan anak buahnya dari Crisis Preparedness and Response Center (CPRC) Labuan telah menyusuri sungai dan titian untuk ke kawasan berpotensi jangkitan.

Jadi, mereka telah diminta untuk memberi cadangan berkaitan nama kluster di kawasan yang dikenal pasti itu. Namun, pihak mereka juga faham dan ingin menjaga sensitiv!ti tempatan kerana boleh mengguris hati warga menetap.

Jadi, selepas beberapa jam menungg,. titi di kawasan penempatan atas air itu patah dan mereka terpaksa mencari kayu untuk menjadikan sambungan sementara bagi melalui titian tersebut.

Dari situ muncullah perkataan ‘titian’ yang terus digunakan untuk merujuk kepada Kluster Titian.

“Selepas 3 jam di lapangan, salah satu titian sejauh 5 meter patah. Terpaksa carik kayu untuk sambung sementara dan ketika termenung carik kayu.. nama ‘TITIAN ‘ muncul.. dan menjelma la Kluster TITIAN.”

“Terima kasih semua anak buah yang sangat tabah.” Tambah Dr Ismuni.

Muat naik yang dibuat oleh frontliners kita di Sabah dan Labuan itu telah mendapat perhatian warganet apabila memperoleh lebih daripada  dua ribu tanda suka di Facebook kurang daripada satu jam selepas dikongsikan.

Sehubungan dengan itu, rata-rata warganet telah meninggalkan komen dengan mengucapkan terima kasih kepada barisan petugas kesihatan yang sanggup menempuh dugaan hebat ini demi negara.

Sumber: Ismuni bin Bohari,OMM