“Kamu satu dalam sejuta..” diuji kans3r, wanita syukur anak saudara temui jejaka pilihan hati

Meskipun ramai yang berkata sukar ingin mencari cinta sejati, namun tidak mustahil ia wujud bagi segelintir pasangan yang bercinta tanpa mengira rupa paras atau keadaan fizikal.

Seperti yang dikongsikan seorang pengguna Facebook, Izyan Izdihar Shaarani yang memaparkan anak saudaranya hanya mampu terlantar di atas katil selamat bernikah dengan jejaka pilihan hati.

Difahamkan, pengantin perempuan tersebut yang dikenali sebagai Fatihah Aireina mengh1dap kans3r dan masih mencari kekuatan untuk menjayakan majlis tersebut pada hujung minggu lalu.

Menerusi posting berkenaan juga juga, Izyan telah membuat satu ucapan buat pengantin lelaki bernama Aiman yang telah sudi menerima serta menyayangi anak saudaranya itu dalam apa jua keadaan.

Dapat diperhatikan menerusi foto yang dimuat naik, Nina tetap kelihatan cantik dan dikelilingi oleh orang-orang yang menyayangi dirinya pada hari bahagia.

Menjengah pula ke ruangan komen, posting itu dipenuhi dengan ucapan tahniah serta doa agar Nina dapat kembali sembuh seperti sediakala.

Rupanya cinta sejati itu memang wvjud, semoga perkahwinan yang dibina pasangan ini disemai dengan penuh kasih-sayang dan kebahagiaan.

Sumber: Izyan Izdihar Shaarani via trendingkini