Usai Pembukaan Pasaraya, Ebit Lew Terus ‘Fly’ Ke Kelantan Ziarah Bob Lokman

Sejak beberapa hari kebelakangan ini, media melaporkan bahawa selebriti yang juga penulis lirik terkenal, Bob Lokman, 56 telah memohon bantuan sebanyak Rm60,000 bagi menampung kos pembed4han jantvng yang akan dilakukan tidak lama lagi.

Prihatin dengan k0ndisi kes1hatan Bob Lokman, pendakwah terkenal, Ustaz Ebit Lew telah pergi ke Pasir Mas, Kelantan bagi menziarahi selebriti tersebut.

Dalam perkongsiannya itu, Ebit Lew memaklumkan bahawa dia segera ke Kelantan sejurus selepas pembukaan pasaraya Elewsmart di U13 Setia Alam.

Melalui posting tersebut, pendakwah muda itu telah menyampaikan kata-kata Bob Lokman kepada semua warganet yang mana penulis lirik terkenal terbabit memohon maaf kepada semua.

Menurut Ebit Lew lagi, mereka banyak berbual mengenai akh1rat dan kata-kata semangat buat selebriti itu. Tambahnya, beliau sempat memberikan sedikit wang belanja buat Bob Lokman yang akan menjalani pembed4han esok.

Pendakwah berusia 35 tahun itu turut menambah bahawa beliau akan terus mendoakan kesihatan selebriti tersebut dan berharap orang ramai turut sama dapat mendoakan Bob Lokman supaya diangkat segala rasa sak1tnya.

Ebit Lew turut mengakui bahawa beliau akan bert0lak balik ke ibu kota pada petang ini dan hanya ke Pasir Mas Kelantan semata-mata bertemu dengan penulis lirik lagu Isabella ini.

Sumber: Ebit Lew