“Suka tengok cara ustaz bersedekah” – Rezeki ambang 2021, Ustaz Ebit bagi free 150 kerusi roda… siap janji nak tambah lagi kalau habis!

TANPA kira latar belakang, bangsa mahupun agama, pendakwah be bas, Ustaz Ebit Lew tidak pernah gag4l menyantuni setiap individu yang dikategorikan sebagai golongan kurang berkemampua4n.

Daripada keluarga d4if yang tiada tempat berteduh, penduduk yang keputusan bekalan air, barangan keperluan harian, bantuan perubatan serta set kelengkapan perlindungan diri (PPE) buat petugas barisan hadapan sehinggalah kepada haiwan di zoo, semuanya tidak pernah dipinggirkan pendakwah ini.

Terbaharu, menjelang dua hari sebelum rakyat Malaysia melangkah ke tahun 2021, Ustaz Ebit membeli pula 150 kerusi roda untuk disumbangkan kepada sesiapa yang memerlukan.

Perkara itu dimaklumkan beliau menerusi satu hantaran di Facebooknya sebentar tadi.

Ustaz Ebit aktif membantu golongan yang memerlukan sejak Perintah Kawalan Pergerakan, Mac lalu.

Malah, beliau memberi jaminan akan menambah lagi kerusi roda jika jumlah sedia ada tidak mencukupi.

“Pohon doakan yer… Baru beli 150 kerusi roda untuk hadiahkan pada sesiapa yang memerlukan. Siapa perlu kerusi roda free, boleh hubungi nombor Pertubuhan Kasih Umat Malaysia 011 7078 7900. InsyaAllah jika habis kami akan tambah,” tulis beliau ringkas pada perkongsian tersebut.

Menerusi perkongsian itu, Ustaz Ebit turut memuat naik gambarnya berada di tengah-tengah ratusan kerusi roda baharu yang sedia untuk disumbangkan kepada insan bernasib baik.

Sehingga ia dimuat naik beberapa jam sebentar tadi, perkongsian tersebut telah meraih lebih 5,000 shares.

Rata-rata netizen tidak putvs-putvs menzahirkan rasa syukur dan terima kasih kepada pendakwah terkenal itu kerana tidak pernah l0kek dan sering tampil ke depan menghulurkan bantuan dengan pantas.

Rata-rata netizen menzahirkan rasa syukur dan terima kasih di atas keprihatinan Ustaz Ebit.

“Apa yang Ustaz Ebit Lew lakukan ini boleh dinamakan Kementerian Kebajikan Netizen. Semoga Allah merahmati segala usaha murni beliau,” kata seorang netizen.

“Dah habis kata pujian dah nak bagi dekat Ustaz Ebit. Saya doakan Allah sihatkan Ustaz Ebit sesihat-sihatnya dan panjangkan usia Ustaz Ebit sekeluarga,” komen seorang netizen lagi.

 

Sumber:mstar