Kuih, Sambal Nasi Lemak Untuk Jual Habis Berterabur, Dakwa Kereta Hadapan Berhenti Mengejut Jadi Punca

Setiap orang ada pasang surut dalam kehidupannya, tambah-tambah lagi dengan keadaan negara sekarang menyebabkan sesetengah individu terpaksa mengubah gaya kehidupan mereka. Pelbagai dugaan dan cabaran terpaksa mereka lalui, terutamanya buat peniaga-peniaga kecil.

Ya, untuk menuju kejayaan bukanlah satu perkara yang mudah.

Tular di media sosial tentang nasib seorang peniaga yang terpaksa menanggung kerugian akibat daripada kecuaian orang lain. Namun, mereka redha dan anggap mungkin hari ini bukan rezeki buat mereka.

“Kami redha bukan rezeki kami.”

Kejadian pagi tadi kat Kampung Paya. Kereta hadapan yang secara tiba-tiba berhenti tengah jalan kita terpaksa brek emengency dan habis semua sambal tumpah dan kuih nasi lemak berterabur…dah tau salah boleh pulak awak pecut kereta awak tapi saya sempat amek no plat kereta awak…

Menerusi laman Facebook tersebut, peniaga ini memohon jika sesiapa kenal dengan pemilik kenderaan tersebut, boleh berhubung dengannya.

Mungkin pemilik kenderaan tersebut boleh memohon maaf atas kesilapan secara tidak langsung ia juga dapat melegakan hati mereka ini.

Sumber: Facebook