Makcik positif C0vid-19 tertanya-tanya kenapa KKM tak datang ambil, mujur duduk diam-diam di rumah! – “Dalam senarai beribu-ribu sehari, memang tak terkej4r”

SAMA ada bergejala mahupun dikenal pasti sebagai kontak rapat, masyarakat kini mula menyedari mengenai kepentingan untuk melakukan ujian saringan.

Terdapat dua teknik untuk ujian saringan iaitu Antigen Rapid Test Kit (RTK Antigen atau lebih dikenali sebagai RTK) atau kit ujian pantas antigen dan Real-Time Reverse Transcription-Polymerase Chain Reaction (rRT-PCR).

Walaupun RTK memberikan keputusan ujian yang lebih pantas, namun teknik tersebut tidak disarankan oleh Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) untuk diagnosa Covid-19.

Keputusan ujian yang lebih tepat melalui teknik rRT-PCR atau lebih dikenali sebagai PCR, yang digunakan oleh ujian makmal yang dijalankan di makmal fasiliti kesihatan kerajaan bagi mengesan Covid-19.

Orang ramai melakukan ujian saringan Covid-19. gambar hiasan / Foto AZHAR MAHFOF/The Star

Seorang doktor berkongsi pengalaman beliau didatangi seorang wanita berusia secara bersendirian sebelum memberitahu sesuatu yang mengejutk4n.

“Puan, kenapa puan datang hari ni? Wanita tu dah berumur, datang seorang. Saya hari tu dem4m. Selepas tu pergi hospital *tut* buat (ujian) swab, mereka kata positif.

Jadi makcik kuar4ntin kat rumah. Tunggu juga orang KKM datang ambil, tapi tak ada pun. Orang hospital tu kata, orang KKM nak ambil,” tulis Dr Sakinah Sulong di laman Facebook milik beliau yang mengimbas kembali perbualannya bersama wanita itu.

Walaupun tidak didedahkan butiran lokasi ujian itu yang dilakukan oleh pes4kit itu, namun ia dipercayai dibuat di klinik atau hospital swasta.

Dr Sakinah Sulong memakai peralatan perlindungan diri (PPE). foto facebook Sakinah Sulong

Dr Sakinah yang merupakan pakar perubatan keluarga bertanya lebih lanjut, dan wanita berusia itu memberi gambaran dia menjalani ujian RTK berdasarkan kosnya yang lebih murah berbanding PCR.

Saya buat 1 hari bulan (hb) hari tu, 2hb hospital telefon. Makcik duduk diam-diam je lah kat rumah. Makcik ada pakai gelang tak? Saya tanya sambil intai di lengannya… tiada gelang,” tanya beliau yang merujuk kepada gelang sebagai tanda seseorang itu menjalani ku4rantin.

Dr Sakinah kemudian meminta staf beliau memeriksa nama pes4kit tersebut menerusi Sistem Informasi Maklumat Kesihatan Awam (Simka), di mana sebarang keputusan PCR pes4kit akan didaftarkan, sama ada dari hospital kerajaan atau swasta.

“Tiada namanya tersenarai. Sah, dia buat RTK. Tapi RTK bukan ujian pengesahan. Sepatutnya kena buat ujian PCR kalau RTK positif, baru seseorang disahkan sebagai pes4kit C0vid-19.

“Kalau tak buat PCR, tiada nama dalam sistem Simka dan ujian dibuat di hospital swasta, memang KKM tak akan tahu. Sebab itulah tiada staf KKM yang menghubungi pes4kit ini.

“Yang ada dalam senarai pun, beribu-ribu satu hari, memang tak terkej4r semuanya. Apatah lagi kalau tiada nama dalam sistem Simka tu,” ujar beliau.

Perkongsian Dr Sakinah di Facebook.

Walaupun pes4kit itu kurang kesedaran mengenai ujian C0vid-19 yang dilakukannya, namun Dr Sakinah menyentuh mengenai kepatuhan wanita tersebut menjalani kuar4ntin.

“Nasib baiklah makcik duduk je diam-diam dalam rumah walaupun dia tak pakai gelang. Dan memandangkan tempoh 10 hari dah berlalu, makcik ini dah dianggap telah melepasi tempoh kuar4ntin 10 hari.

“Memang kes ini bukan kes terpencil. Memang ia boleh berlaku kerana lambakan kes daripada hospital kerajaan mahupun klinik atau hospital swasta. Tanggungjawab pihak yang melakukan swab untuk mengesan keputusan dan memaklumkan kepada pes4kit serta notifikasi kalau perlu… dan mengemaskini maklumat dalam sistem Simka agar tiada kes yang tercicir,” katanya.

Nasihat Dr Sakinah supaya individu perlu bertanggungjawab menjalani kuar4ntin di rumah.

Sehubungan itu, beliau menggesa individu yang menjalani kuar4ntin di rumah agar bersikap bertanggungjawab dan mematuhi prosedur operasi standard (SOP) yang ditetapkan.

“Yang pakai gelang, duduklah diam-diam di rumah. Pihak polis yang buat sekatan jalanraya, mungkin boleh minta pemandu selak sikit lengan baju agar mereka tidak terlepas.

“Tolong jadi manusia yang bertanggungjawab kalau anda dah pakai gelang. Tak patuh arahan kuar4ntin, anda boleh dikompaun RM1,000. Jaga diri, semoga dengan itu, orang kesayangan anda pun terjaga,” ujar Dr Sakinah.

 

Sumber:mstar