Ibu ditangk4p m3ncuri di pasar raya demi anak, OCPD Petaling Jaya datang rumah bawa beras, beri bantuan

KEPIMPINAN melalui teladan.

Itulah yang dapat digambarkan dengan tindakan dan sikap cakna yang ditunjukkan oleh Ketua Polis Daerah Petaling Jaya, Asisten Komisioner Nik Ezanee Mohd Faisal terhadap seorang wanita yang ditangk4p kerana m3ncuri, baru-baru ini.

Menurut Nik Ezanee, dia dimaklumkan semalam bahawa polis daerah menerima laporan kecuri4n tersebut yang berlaku di sebuah pasar raya, namun tiada tindakan lanjut diambil ke atasnya.

Wanita yang dalam lingkungan usia 30-an itu ditangk4p oleh pengawal keselamatan pasar raya berkenaan kerana tidak membayar beberapa barangan seperti kuih, sosej dan ‘KoolFever’ untuk anak-anaknya.

“Saya percaya dia ada masal4h, kalau tidak dia tidak akan buat perkara sebegitu. Jika kita lap4r, kita boleh bertah4n. Jika anak kita lap4r itu perkara lain,” katanya dalam siaran langsung di Facebook Polis Daerah Petaling Jaya pada Khamis.

Berasa terpanggil kerana dapat merasakan wanita berkenaan sedang berdepan dengan masal4h, Nik Ezanee bersama pasukannya meluangkan masa melawat keluarganya di sebuah flat kos rendah di daerah berkenaan.

Mereka turut membawa bakul bantuan dan sebungkus beras daripada Jabatan Kebajikan Masyarakat, beberapa barangan keperluan untuk keluarga itu, selain pek Kool Fever.

Kehadiran Nik Ezanee benar-benar mengejutkan ibu kepada tiga anak itu, namun berbesar hati menerima kunjungan berkenaan.

Nik Ezanee diiringi pegawai polis melakukan kunjungan ke rumah wanita berkenaan.

Menurut Nik Ezanee yang dipetik daripada The Star, wanita itu mengatakan bahawa anak perempuan dem4m pada Rabu.

“Kami bercakap dengannya dan mendapat tahu bahawa suaminya bekerja sebagai juruteknik penyelenggaraan lif.

“Dia saat ini tidak memiliki pekerjaan dan pendapatan keluarga ini terjejas kerana Perintah Kawalan Pergerakan (PKP),” ujarnya.

Tambah Nik Ezanee, kes wanita itu diklasifikasikan sebagai ‘tidak ada tindak4n selanjutnya’, namun dalam masa yang sama dia menasihatkan wanita itu agar tidak mengulangi perbuatan tersebut.

“Banyak saluran yang boleh digunakan seseorang untuk mendapatkan bantuan.

“Terdapat dapur awam, badan bukan kerajaan dan Jabatan Kebajikan serta bantuan zakat.

“Bahkan orang bukan Islam dapat meminta bantuan zakat,” katanya.

Nik Ezanee juga menasihati wanita berkenaan supaya tidak teragak-agak untuk mengunjungi balai polisnya bila-bila masa jika menghadapi masal4h.

Sehingga kini, perkongsian di Facebook Polis Daerah Petaling Jaya meraih sehingga lebih 600 shares, selain dibanjiri komen netizen yang memuji pendekatan beliau.

“Alhamdullilah Tuan. Akan jadi contoh pada anggota lain. Sal4h tetap sal4h tapi kita jangan m3nghukum terus. Ada sebab mengapa dia buat begitu. Insyallah semoga jasa anggota di bawah pimpinan Tuan diberkati Allah,” tulis Abdul Murad Sufian.

“Ketua yang baik akan menjadi tauladan buat anggota-anggota bawahan. Tahniah tuan,” tulis Chentaku.

“Contoh yang sangat baik ditunjukkan oleh beliau dan anggota polis PJ. Syabas dan tahniah PDRM. Masyarakat dan polis berpisah tiada,” komen Asyraf Azmi pula.

https://www.facebook.com/PolisDaerahPetalingJaya/videos/129772645574233/

Sumber:mstar