Tiada Kelas KAFA Secara Bersemuka, Slot Kelas KAFA Untuk Anak-Anak Bakal Ditayangkan Di Televisyen

Susulan daripada penutupan sekolah akibat peningkatan wab4k C0vid-19, kelas Al-Quran dan Fardu Ain (KAFA) terpaksa ditangguhkan.

Sebagai langkah inisiatif bagi membantu dan mengurangkan kerisaun para ibu bapa tentang kelas KAFA ini, saluran TV Alhijrah akan menyiarkan satu slot khas untuk anak-anak mempelajari ilmu agama.

Perkara ini dijelaskan oleh Menteri Hal Ehwal Agama, Datuk Dr Zulkifli Mohamad Al Bakri dalam laman Twitternya.

Demi pendidikan KAFA anak-anak generasi masa depan kita, kami mulakan insiatif TV Pendidikan di TVAlhijrah. Dari Perlis sampai ke Sabah, jom tonton TV Alhijrah.

Katanya, bukan sahaja anak-anak dapat mempelajari ilmu agama di rumah, malah orang dewasa juga turut sama-sama mengikuti kelas agama ini di rancangan tv berkenaan.

“Pendidikan keagamaan dan nilai murni kepada anak-anak sentiasa menjadi keutamaan kami…”

Jadi, gunakan masa ini untuk sama-sama kita mempelajari ilmu agama bersama keluarga tercinta.

Sumber: Dr Zulkifli Mohamad Al Bakri