Pelajar IPT diben4rkan pulang ke kampung semp3na Aidilfitri, pergerak4n secara berf4sa bermula 7 Mei

PELAJAR institusi pendidikan tinggi (IPT) dibenarkan untuk pulang ke rumah masing-masing semp3na cuti Hari Raya Aildilfitri tidak lama lagi, kecuali negeri Sarawak.

Menerusi satu kenyataan pada Khamis, Kementerian Pengajian Tinggi (KPT) memaklumkan perkara itu dipvtuskan dalam mesyuarat Sidang Khas Majlis Keselamatan Negara (MKN)

Sehubungan itu, KPT telah menetapkan beberapa mek4nisme kawal4n di mana pergerak4n pelajar akan dilaksanakan secara berfasa bagi memastikan pergerak4n pelajar terkaw4l.

“Tarikh yang ditetapkan bagi pergerak4n pulang ke rumah masing-masing ialah pada 7 – 12 Mei, manakala pergerak4n pelajar kembali ke k4mpu ialah pada 15 – 20 Mei 2021.

“Pihak IPT akan meny3diakan surat pelepas4n perjalanan rent4s negeri/daerah dan menyelar4s tarikh pergerak4n pulang ke rumah dan kembali ke kampus bagi setiap pelajar,” demikian menurut kenyataan itu.

Tambahnya, pergerakan pulang pelajar akan menggunakan tiga kaedah iaitu menggunakan kenderaan sendiri, dijemput oleh ibu bapa atau penjaga; atau menggunakan bas yang diselaraskan oleh IPT.

“Pergerakan melalui kenderaan awam tidak dibenarkan kecuali perkhidmatan penerbangan,” katanya.

Bagaimanapun KPT dalam masa yang sama turut memberi pilihan kepada pelajar sama ada ada pulang ke kediaman masing-masing atau kekal berada di kampus sempena cuti perayaan ini.

“Pergerakan pelajar sempena Aidilfitri ini dianggarkan melibatkan 103,994 pelajar yang kini berada di kampus daripada jumlah keseluruhan 1.3 juta pelajar.

“Pelajar-pelajar ini terdiri daripada enam kategori pelajar yang dibenarkan untuk menjalani sesi Pengajaran dan Pembelajaran (PdP) di kampus sebelum ini.

“Para pelajar dan ibu bapa boleh merujuk kepada Prosedur Operasi Standard (SOP) Pergerakan Pelajar IPT Pulang Sempena Cuti Perayaan Aidilfitri dan Dokumen Soalan Lazim yang telah disediakan melalui portal rasmi KPT di www.mohe.gov.my,” ujarnya.

Para pelajar yang mempunyai pertanyaan lanjut berhubung perkara ini boleh terus menghubungi pegawai penyelaras di IPT masing-masing atau Bilik Gerakan KPT di talian 03-8870 6777/6949/6623/6628.

 

Sumber : Mstar