L4ntik diri sendiri jadi ADUN, Sharnaaz Ahmad beri bantuan untuk bendera putih

  • Beberapa hari lalu, hang4t diperkatakan mengenai kempen bendera putih yang dilanc4rkan oleh netizen. Kempen tersebut turut mendapat perhatian pelakon Sharnaaz Ahmad t4mpil memberi bantuan.

Alhamdulillah, kita berjaya buat dalam 100 bantuan untuk orang susah dalam masa sekarang. Saya sebagai Adun (Ahli Dewan Undangan Negeri) yang tidak dilantik oleh kerajaan, melantik diri saya untuk membantu.

“Kami dari pasukan Mamu Legacy dan Sharnaaz Ahmad TV keluarkan sedikit sumbangan. Ini daripada setiap kakitangan, Mamu dan juga semua yang sudah membantu untuk mengeluarkan sumbangan ini,”katanya.

Menerusi satu perkongsian di Instagram, Sharnaaz meminta pengikutnya untuk berkongsikan sekiranya ada individu yang memerlukan sumbangan barangan keperluan harian. Difahamkan, Sharnaaz  memulakan bantuan tersebut dengan 100 pek barangan sumbangan sebagai permulaan.

“Alhamdulillah, kita berjaya buat dalam 100 bantuan untuk orang susah dalam masa sekarang. Saya sebagai ADUN yang tidak dilantik oleh kerajaan, melantin diri saya untuk membantu.

Dalam pada itu, Sharnaaz turut meminta orang ramai supaya peka dengan keadaan sekeliling dan memaklumkan kepadanya sekiranya ternampak bendera putih sebagai tanda memerlukan bantuan.

“Saya faham memang sekarang pasal bendera putih semua. Saya nak minta anda semua kenal atau ada orang sekeliling yang ada bendera putih, buka mata dan hubungi kami.

“Bantu mereka dengan kongsikan mengenai bantuan ini dan minta mereka datang dan ambil bantuan sumbangan ini. Ini cara pasukan kami membantu orang sus4h sekarang.

Menjengah ke ruangan komen, rata-rata netizen memuji tindak4n mulia bintang drama Pelindung Seorang Puteri itu.

Dalam pada itu, ramai juga yang terhibur melihat gelagat Sharnaaz yang bersel0roh tentang YB.

Dalam video berdurasi lebih dua minit itu, Sharnaaz turut berkongsi situasi di tempat pengumpulan barangan keperluan yang dimasukkan ke dalam beg plastik dan sedia untuk diserahkan kepada mereka yang memerlukan.

sumber: ohmymedia via trendingkini