“Saya Menjamah Sedikit Sambil Berbincang…”- Isu ‘Kenduri Durian’, Timbalan Speaker Tampil Mohon Maaf

Timbalan Yang Dipertua Dewan Rakyat, Datuk Mohd Rashid Hasnon hari ini memohon maaf atas kekhil4fan beliau berkait penjelas4n berkenaan video tular dijamu durian baru-baru ini.

Dalam satu kenyataan media, Mohd Rashid berkata, beliau memberi ulasan kepada pertanyaan media tanpa meneliti video tersebut.

“Saya mohon maaf di atas kekeliru4n yang t1mbul apabila terdapat media yang menghubungi saya bagi bertanyakan mengenai video saya di kebun dan saya menjawab soalan tersebut tanpa menonton sendiri video pada awalnya.

“Setelah selesai mengadap Yang di-Pertuan Agong semalam, barulah saya ada kesempatan untuk analisa video yang terkait pada saya,” katanya.

Mengulas lanjut, Ahli Parlimen Batu Pahat itu berkata, sejak Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) yang pertama sehingga kini, beliau sering menerima aduan daripada pekebun kecil termasuk pengusaha sayur dan buah-buah4n yang mengalami kesukar4n menjual hasil tanaman berikutan jualan yang mer0sot.

“Setelah meneliti, sal4h satu video yang tular semalam merupakan lawat4n saya ke kebun durian kampung yang diusahakan masyarakat setempat yang mana turut terk3san berikutan PKP ini.

“Kebetulan ketika itu terdapat lawatan kerja Datuk Zuraida Kamaruddin (Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan) ke Batu Pahat. Oleh itu, kami menghadiahk4n durian kepada romb0ngan menteri untuk dibawa pulang,” ujarnya.

Jelasnya lagi, selepas romb0ngan menteri pulang, beliau telah dibawa ke kebun s4lah seorang pengusaha pada sebelah petang bagi mendengar permasalah4n yang dihadapi dan berbinc4ng lanjut.

“Setiba saya di kebun, pengusaha kebun durian tersebut menghid4ngkannya kepada kami.

“Saya menjamah sedikit durian sambil berbincang dengan pengusaha kebun mengenai langkah-langkah bantuan yang boleh dihulurk4n,” jelasnya.

Sehubungan itu, Mohd Rashid berkata, kesediaannya memberi kerjasama kepada p0lis susul4n kejadian itu.

Pada Selasa, Ketua P0lis Daerah Batu Pahat, ACP Ismail Dollah berkata, kertas siasatan sudah dibuka susulan satu laporan dibuat berkenaan video memaparkan aktiviti wakil rakyat itu sedang menikmati buah durian tular dalam media sosial.

Sumber : Gempak