“Saya Masih Belajar…” – Siti Nurhaliza Kongsi Pengalaman Jaga Dua Cahaya M4ta

Penyanyi nombor satu negara, Datuk Seri Siti Nurhaliza berkongsi pengalaman menjaga dua cahaya mata.

Menurut Siti yang baru melahirkan anak kedua, Muhammad Afwa tiga bulan lalu, masih banyak perkara untuk dipelajari dalam urusan membesarkan anak-anaknya.

“Saya sangat bersyukur kerana diberi rezeki oleh Allah SWT untuk bergel4r seorang ibu, meskipun agak terlambat saya dikurniakan zur1at, tetapi saya gembira.

 

“Bercakap soal menjaga anak-anak, saya masih lagi dalam proses belajar, mereka pun masih kecil dan saya baru beberapa tahun bergel4r ibu,” katanya

Siti berkata demikian dalam sidang media yang diadakan secara virtu4l anjuran jenama produk yang diusahakannya, BeauSiti sebentar tadi.

Dalam pada itu, Siti akvi bukan mudah menjalankan tanggungjawab seorang ibu diikuti kesibukan kerjaya dan perniagaan.

“Jadi seorang ibu yang berkerjaya bukanlah satu perkara mudah, kita kena fikirkan tanggungjawab sebagai ibu, suri rumah dan pada masa yang sama, pelbagai hal kerja dan perniagaan.

“Insya-Allah, saya mahu jadi seorang ibu yang baik, antara tips yang penting untuk mereka di luar sana, kita haruslah sentiasa sabar dan bersyukur dengan segala kurniaan Allah SWT,” katanya lagi.

Sekadar info, Siti dan suaminya, Datuk Seri Khalid Mohd Jiwa mendirikan rumah tangga pada 21 Ogos 2006.

Pasangan ini dikurn1akan cahaya mata pertama, Siti Aafiyah yang kini berusia tiga tahun.
Muhammad Afwa pula dilah1rkan pada 17 April lalu di sebuah pusat perub4tan di Selangor.

Sumber via Gempak

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*