” Siapa lebih berku@sa? Dan nak dengan cakap siapa” – Lana Nodin , Gara-gara ‘prlimen lockdown’

Rentetan lsu kerajaan dikatakan membelakangi Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-​Mustafa Billah Shah apabila sengaja mengadakan ‘parlimen lockdown’ atas keputusan Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr. Noor Hisham Abdullah, pelakon Lana Nodin seolah-olah memulangkan paku buah keras kepada segelintir netizen yang selama ini lancang mengecam kelantangannya yang tular baru-baru ini.

Dalam satu perkongsian Instagramnya, Lana atau nama sebenarnya, Mazlina Hasan Nordin, 41, kekal dengan pendirian dan ketegasannya agar Noor Hisham meletakkan jawatan sebagai orang nombor satu dalam institusi kesihatan negara itu.

“Ada juga orang buka mata akhirnya. Baru anda tahu siapa hero, siapa zero. Baru rakyat tahu,” tulis ibu kepada dua cahaya mata itu.

“Yang di-Pertuan Agong bertitah agar parlimen sambung bersidang sebagaimana dijadualkan tapi Ketua Pengarah Kesihatan berpendapat, parlimen tak boleh bersidang sebab C0vidl9 sedang menular.

“Jadi, siapa lebih berku@sa? Dan, nak dengar cakap siapa?,” soalnya seraya menyertakan tanda pagar, #StepDownDG.

Dalam platform media sosial media, Twitter, ramai dalam kalangan netizen mula melahirkan kekec€waan dan mengharapkan Noor Hisham berhenti diperk0tak-katikkan ahli p0litik dan menjalankan tugasnya dengan intergr1ti.

“Kekecew4an paling terbesar hari ini adalah DG Hisham,” tulis seorang netizen.

Sohor kini dalam laman sosial berkenaan, bagaimanapun ramai juga dalam kalangan netiizen yang tampil mempertah4nkan Noor Hisham.

“Saya percaya, DG Hisham adalah seorang doktor bukan ahli p0litik. Saya percayakan doktor lebih daripada saya percayakan ahli p0litik.

“DG Hisham, kalau anda baca tulisan ini, buat yang terbaik buat kami (rakyat). Saya percayakan dengan anda sepenuh hati walaupun yang lain tidak. Tolong selamatkan negara,” tulis seorang netiizen lain.

Terdahulu, Lana l4ntang mengkritik Noor Hisham dan mengg3sa agar segera meletakkan jawatan kerana apa yang berlaku dalam sistem kesih4tan negara sekarang seperti ‘cakap tidak serupa bikin’

Semalam, selepas dit4ngguh dua kali, Mesyuarat Khas Parlimen Penggal Ke-14 pada Khamis sekali lagi ditngguh iaitu pada jam 5.15 petang.

Penangguhan itu diumumkan Timbalan Yang Dipertua Dewan Rakyat, Datuk Seri Mohd. Rashid Hasnon.

Dalam kenyataannya, beliau memaklumkan terdapat dua lagi kess p0sitif C0vldl9 dikesan di bangunan Parlimen dan penangguhan dibuat bagi membolehkan semua orang di bangunan itu menjalani saringan C0VlDl9.

“Yang Dipertua Dewan Rakyat telah menerima surat pemakluman daripada Ketua Pengarah Kesihatan..”

Belum pun sempat beliau menghabiskan kenyataan, keadaan bertukar kec0h apabila beberapa Ahli Parlimen mula mempertik4ikan kenyataan itu. – K! ONLINE

Kredit trendingkini.pw

 

 

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*