Masalah Tanah Pus4ka Banyak Nama, Ketahui Cara Penyelesaian Mudah Dari Pak4r

Walaupun sudah masuk tahun 2021, isu pembahagian harta di kalangan adik-beradik masih lagi hangat diperkatakan dan ianya seperti tiada penghujung.

Merujuk kepada laporan Sinar Harian bertarikh 18 April 2021, seorang suri rumah berhadapan tuntutan ganti rvgi berjumlah RM720,000 oleh lima adik-beradik kepadanya kerana didapati melakukan penIpuan harta pus4ka arw4h bapa mereka.

Isu sebegini berbangkit kerana timbulnya perasaan tam4k sehingga sanggup menIpu adik-beradik sendiri dalam pewarIsan harta yang ditingg4lkan oleh ibu bapa.

Penulis kongsikan pencerahan dan solusi daripada seorang peguam bertauliah yang disiar di laman Facebook miliknya iaitu Timbalan Presiden Persatuan Guaman Hartanah Malaysia (HartaGuam), Encik Salkukhairi Abd Shukor.

Menurutnya, masalah yang dibangkitkan adalah tentang bahagian tanah pus4ka geran kongsi yang semakin mengecil apabila penama asal meningg4l dunia dan bahagiannya akan di turun milik kepada warIs- warIs mereka.

Kesannya, di dalam geran tanah tersebut semakin banyak penama dan pada masa yang sama masing-masing akan memiliki bahagian yang semakin kecil saiznya.

Keadaan ini akan lebih menyukarkan proses untuk diurusniaga serta pembangunan tanah tersebut. Bahkan ianya mungkin tidak lagi praktikal untuk dibangunkan termasuklah untuk dibuat pecah bahagian.

Isunya adalah berlaku ketidasetujuan diantara penama dalam perjanjian tersebut dan lebih menyukarkan keadaan jika ada yang tidak bersetuju untuk menjual bahagiannya.

Akhirnya tanah tersebut terbiar begitu sahaja malahan lebih teruk lagi masing-masing buat tak tahu dan enggan bertanggvngjawab.

1. Lantik seorang wakil ku4sa (Power of Attorney – PA)

Lantik seorang wakil kuasa(PA) di kalangan penama tersebut yang boleh dipercayai yang akan dipertanggvngjawabkan untuk menguruskan segala perkara berkaitan tanah tersebut.

Melalui cara ini semua penama akan tandatangan satu Surat Wakil Ku4sa (PA) untuk memberi kuasa kepada wakil kuasa tadi untuk menguruskan urusan berkaitan tanah tersebut.

Pun begitu kuasa PA ini perlu diperhalusi dan dihadkan setakat mana yang perlu agar kuasa PA itu tidak terlalu luas sehingga menyebabkan beliau sal4h guna ku4sa termasuklah memindahmilikkan tanah tersebut kepada dirinya sendiri.

2. Semua penama jual bahagian masing-masing

Semua penama jual bahagian masing-masing kepada seorang atau 2 orang penama yang berkemampuan serta banyak wang yang akan membeli bahagian- bahagian tanah tersebut.

Harga jualan sewajarnya mengikut harga pasaran semasa atau harga yang dipersetujui bersama.

Sekiranya PA telah ditandatangani, hanya penama yang membeli dan wakil ku4sa sahaja yang akan tandatangan Perjanjian Jual Beli (SNP )dan Borang Pindah milik.

Tak perlu lagi dapatkan tandatangan daripada semua penama. Pun begitu setiap penama wajar dimaklumkan sebelum proses jual beli dan pindah milik itu dilakukan.

Sewajarnya proses jual beli ini diuruskan melalui seorang peguam yang akan bertind4k sebagai peguamcara urusan jual beli dan sebagai stakeholder untuk mengagih-ahihkan pembayaran harga jual beli kepada setiap penama mengikut bahagian masing-masing.

3. Tubuhkan koper4si atau syarikat anak beranak

Tubuhkan koper4si atau syarikat anak beranak di mana tanah tadi akan menjadi aset kepada syarikat atau koperasi tersebut.

Setiap setahun sekali, hasil keuntungan perniagaan daripada tanah tersebut akan dibahagi-bahagikan kepada setiap penama mengikut bahagian saham masing-masing.

4. Majukan tanah tersebut sebagai projek perumahan

Boleh juga majukan tanah tersebut sebagai projek perumahan sama ada melalui syarikat atau koperasi adik beradik yang ditubuhkan tadi atau boleh Usaha sama (JV) dengan pemaju yang dipercayai.

Jika majukan sendiri, boleh serah balik tanah tadi kepada kerajaan dan mohon dikeluarkan geran individu yang berasingan dan seterusnya boleh bina rumah atas tanah-tanah tersebut untuk dijual.

Hasil jualan sama ada akan dibahagi-bahagikan mengikut bahagian masing-masing atau boleh dimasukkan sebagai pendapatan syarikat dan setiap penama akan dapat keuntungan setiap tahun hasil daripada pemajuan dan penjualan rumah tersebut.

Walaubagaimanapun, ini hanyalah sekadar cadangan sahaja. Ia mudah diperkatakan tetapi tidak mudah untuk dilaksanakan.

Perancangan yang teliti dan rapi serta s1kap percaya satu sama lain dan saling jujur dan amanah di kalangan setiap penama dalam melaksanakan perancangan tersebut amatlah diperlukan.

Sifat eg0 dan tam4k haruslah dibu4ng jauh-jauh. Jangan fikir untuk untung jangka masa pendek sahaja.

Yang penting, melalui cadangan ini masing-masing akan dapat keuntungan jangka masa panjang yang lebih besar dan berbaloi berbanding berbal4h sesama sendiri terhadap bahagian tanah yang sek4ngkang ker4 tersebut.

Tepuk dada, tanya iman. Nak buat atau tidak. Wallahuaklam – Impiana.my

Sumber ApaCerita

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*