Nama terpalit kontr0versi, Ebit Lew tenang bercuti dengan ‘bidad4ri’ di Langkawi

Meskipun menjadi bualan h4ngat warganet sejak beberapa hari lalu, pendakwah popular Ustaz Ebit Lew memilih untuk berdiam diri dan mengambil peluang bercuti bersama keluarga di Langkawi, baru-baru ini.

Menerusi p0sting di laman Facebook, pendakwah berusia 36 tahun berkongsi sekeping foto beliau bersama isteri selepas Langkawi diumumkan sebagai destinasi gel3mbung pelancongan negara sebelum meneruskan perjalanan bagi misi bantuan.

“Selalu sibuk. Beberapa hari ni dapat cuti bersama keluarga. Sebelum teruskan m1si dan keluar di jalan Allah. Doakan ye. Hidup hanya nak redha Allah,” tulisnya.

Selain itu, beliau juga memuat naik satu video di laman Instagram memaparkan dirinya dan isteri yang dipanggil sebagai ‘bidad4ri’ itu sedang menikmati aktiviti menaiki jet ski di pulau peranginan tersebut.

 

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Ebit Lew (@ebitlew)

Menerusi kapsyen, Ebit menitipkan kata-kata indah yang bersyukur apabila dipertemukan dengan pasangan terbaik dalam hidupnya selain menasihati agar menghargai orang sekeliling kerana Allah SWT.

“Bidad4riku, baikkan Allah temukan kita. Dialah Allah yang temukan kita. Terima kasih Allah yang tak berhenti beri nikmat dalam hidup kita. Syukur pada Allah. Tak tahu nak ucap bagaimana.
“Kasih sayang terbesar Allah beri Islam ini. Terima kasih ya Allah. Dialah Rab pemilik segala-galanya. Bahagia dihati bila kita bersyukur. Syukur hadir bila kita kenal tuhan. Kenal Allah.

Hargailah orang kita cintai kerana Allah. Hargai keluarga. Bidad4riku, abang akan terus memegang tanganmu sehingga mendapat Redha Allah.
“Hidup hanya untuk Allah sayang. Redha Allah. Kita tak hidup nak sukakan orang. Hanya untuk sukakan Allah. Maafkan semua orang. Doa keampunan.
“Doa hidayah dan kebaikan rahmat buat 8bilion manusia seluruh Alam. Kita tak datang dalam dunia. Kita dihantar oleh Allah sebagai sebaik-baik umat. Sambung kerja Nabi saw. Bawa Islam dan kasih sayang,” tulisnya.

Terdahulu, nama beliau terp4lit kontr0versi apabila pendakwah bebas dan aktiv1s so0sial, Firdaus Wong Wai Hung mendedahkan perbualan mesej luc4h daripada m4ngsa yang did4kwa ada kaitan dengan seorang pend4kwah terkenal.

Sumber: Facebook & Instagram Ebit Lew

Via omm

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*