“Berkali-Kali Dok Repeat Tengok,” – Syok Catwalk Tiba-Tiba Suami Pulang, Terhibur Tengok Gurau Spontan Tok Ram & Alyah

Satu perkongsian daripada penyanyi Datin Alyah mencvri perhatian peminat apabila gurauan spontan yang dirakam bersama suami membuatkan ramai terhibur.

Menerusi video yang dihasilkan menerusi TikTok dan dikongsikan kembali menerusi Instagram itu, Alyah sedang berjalan sambil mengenakan persalinan kaftan hijau dari jenamanya, Labeesa.

Bagaimanapun, ‘catwalk’ Alyah terhenti kerana suaminya, Datuk Ramli MS tiba-tiba pulang.

“Kau tengah best beat buat project @labeesahq tiktok kau. Skali Tuan besar balik dah. Kau terpaksalah berlakon gelak-gelak manj4 gituew. Sib baik dia puji baju lawo hehehe,” tulisnya pada ruangan kapsyen.

Meninjau ke ruangan komen, para peminat turut sama mengusik pasangan ini sambil mendoakan kebahagiaan mereka.

VIDEO:

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Alyah Abu Hasan (@alyah81)

“Berkali-kali dok repeat tengok,” komen peminat.

“Kenapa kita pula ulang-ulang video ni ha. Adoooi bab kena bahan tengah-tengah catwalk sekali tok laki balik. Adoooi,” komen seorang peminat lainnya.

“Penuh semangat Tok Ram puji baju Datin. Chantikk,” tulis peminat.

“Comel betullah,” antara komen yang ditingg4lkan peminat.

Sehingga kini, video berkenaan sudah pun ditonton hampir 90,000 kali.

Komen Netizen:

Sumber : MH

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*