Neelofa selamat bersalin b4yi lelaki, Muhammad Bilal nama diberi

Usahawan dan selebriti popular, Neelofa selamat melahirk4n b4yi lelaki kira-kira jam 3.44 petang pada 29 Januari lalu.

Menerusi satu kenyataan di laman Facebook, suaminya yang juga pendakwah bebas Haris Ismail meluahkan rasa syukur di atas kelahiran cahaya mata sulung mereka.

“Puji dan syukur kami panjatkan kepada Allah SWT untuk segala berkat dan rahmat-Nya, isteri saya Noor Neelofa Mohd Noor telah selamat melahirk4n putera sulung kami pada 29 Januari 2022 jam 3.44 petang,” tulisnya sebenar tadi.

Menurut Haris, isterinya yang berusia 33 tahun itu kini sedang berehat selain mengucapkan terima kasih di atas doa yang dititipkan oleh semua orang.

“Syukur alhamdulillah, segala urusan dipermudahkan, kini isteri saya sedang berehat dan kami sedang melalui satu fasa yang sangat menggembirakan untuk kami sekeluarga.

“Saya dan Neelofa ingin merakamkan jutaan penghargaan dan rasa penuh bersyukur atas doa yang dikirim oleh anda semua.

“Terima kasih atas ingatan kalian sejak kami mendirikan rumah tangga sehinggalah kami menimang cahaya mata,” katanya.

Menerusi sebuah lagi posting, pasangan tersebut sepakat memilih nama Muhammad Bilal untuk bayi mereka yang diharapkan mampu menjadi khalifah sekali gus memberikan kebaikan kepada agama dan negara.

Assalamualaikum Muhammad Bilal

Untuk makluman, Neelofa dan Haris mendirikan rumah tangga di sebuah hotel terkemuka di ibu negara pada 27 Mac tahun lalu.

Sumber:omm

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*