Aksi ‘king of the road’ ekori ambulans bikin ramai bengang, betul ke pemandu Myvi waris p3sakit?

Bukan sekali, bukan dua kali, sebaliknya sudah kerap kisah mengenai pemandu kereta Perodua Myvi menjadi perbualan rakyat negara ini.

Terbaharu, satu rakaman memaparkan model kereta yang diberi jol0kan ‘king of the road’ itu sedang mengek0ri rapat sebuah ambulans tular di media sosial.

Dalam rakaman berdurasi 54 saat itu, kelihatan pengguna jalan raya mula bergerak ke bahagian tepi kiri dan kanan untuk memberi laluan kepada ambulans berkenaan.

Bagaimanapun, Myvi tersebut dilihat cuba mengambil kes3mpatan dengan mengekori rapat ambulans tersebut, sekali gus membolehkannya bergerak lebih pantas berbanding pengguna-pengguna jalan raya yang lain.

Pada penghujung video, ambulans tersebut sempat berhenti seketika, menyebabkan Myvi itu berhenti mengekorinya.

“Tak faham dengan orang yang suka follow ambulans ni. Buatnya ambulans tu brek emergency dah jadi satu kes pula,” tulis pengendali Twitter @MalaysiaVirall.

myvi putih 2Ramai yang meluahkan rasa kurang senang dengan tindak4n pemandu itu yang dianggap membahay4kan pengguna jalan raya yang lain. (Gambar Hiasan)

Selain Twitter, video tersebut turut disebarkan secara meluas di laman Facebook sehingga mengundang k3caman netizen.

“Bersangka baik. Mungkin si pemandu (Myvi) sakit perut nak cirit-birit. Bahan kumbahan dah sampai hujung. Ada lagi jenis ni yang suka ambil kesempat4n elak kes3sakan.

“Ada yang komen, itu ahli keluarga dia (pes4kit) yang follow. Jap nak tanya, untuk apa ahli keluarga follow rapat ambulans? Biarlah ambulans tu bawa ahli keluarga kita ke h0spital. Pandai-pandai la bahagian kec3masan buat kerjanya.

“Ini king putih dia punya c3mas macam urat k3ntut nak putus atas highway.

“Dah nama pun Myvi. Jarang la tak buat hal,” tulis beberapa netizen di Facebook.

Menjengah ruangan komen di Facebook, seorang pemandu ambulans, Azwa Sakinah turut berkongsi pengalamannya berdepan kes sama sebelum ini.

myvi3

Antara komen netizen di Facebook.

“Aku seorang pemandu ambulans dan pernah kena lebih kurang macam ni lah… follow rapat ambulans… last sekali aku berhenti tutup siren aku buka tingkap dan keluar tangan siap suruh dia jalan dulu.

“Lepas tu dia angkat tangan minta maaf. Nak sangat follow belakang ambulans kan,” tulisnya.

Menurut maklumat pada rakaman video tular itu, kes berkenaan dipercayai berlaku pada Khamis lalu.

Apa-apa pun, kita sebagai pengguna jalan raya yang bertanggungjawab perlu sentiasa memandu dengan berhemah. Pandu cermat, jiwa selamat.

Sumber:mstar