Arus terlalu deras, Abang Viva belum dapat bantu

Khidmat Abang Viva atau nama sebenarnya Azwan Omar sememangnya banyak disebut-sebut sejak Pantai Timur dilanda banjir.

Pemuda berasal dari Melaka itu juga difahamkan sudah berada di Terengganu sejak semalam bagi memulakan misi menyelamat penduduk di kawasan terjejas t3ruk akibat banjir.

Berisik0 untuk bot masuk

Walau bagaimanapun, menerusi laporan daripada Utusan Malaysia, Abang Viva memaklumkan yang dia masih belum dapat berkhidmat sepenuhnya kerana arus yang sangat deras.

Perkara itu sememangnya sangat b4haya kepada bot-bot kecil untuk memasuki kawasan yang t3rputus jalan darat ketika ini.

“Saya terkil4n l3wat sampai kerana di lokasi pertama tadi paras air makin surut dan mangs4-mangsa pun sudah berpind4h.”

“Bagaimanapun, di beberapa lokasi lain di daerah ini arus masih lagi deras dan berisik0 untuk bot masuk,” katanya ketika ditemui pemberita di Kampung Belukar Bukit.

Masih bertanya lokasi tepat banjir berlaku

Menerusi live di Facebook juga, Azwan ada bertanya kepada warganet tentang lokasi mana yang masih memerlukan bantuan kerana dia sendiri tidak mendapat info jelas berkaitan daerah yang dinaiki air.

Jadi, dia berharap sesiapa yang mempunyai maklumat mampu memberitahunya segera memandangkan dia masih berada di Terengganu.

https://m.facebook.com/story.php?story_fbid=3738368826388827&id=100000573445738

Mungkin akan bergerak ke Kelantan pula

Dalam laporan berita lagi, Abang Viva menyatakan yang selepas misi di Terengganu selesai, dia dan beberapa rakannya akan bertolak ke Kelantan pula bagi melaksanakan misi yang sama.

Walau bagaimanapun, ia bergantung kepada keadaan semasa banjir di sana.

Untuk makluman, Azwan dan beberapa orang rakannya telah bertolak dari Melaka malam tadi dan selamat sampai ke Terengganu sekitar jam 4.50 pagi semalam dengan menaiki Mitsubishi Triton yang dihadiahkan oleh usahawan kosmetik bulan lalu.

Sumber: Utusan Malaysia (Noor Hayati Mamat), Facebook Azwan Omar

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*