
Keadaan banjir yang buruk di Pantai Timur ketika ini sememangnya m3mbimbangkan. Banyak pusat-pusat pemindahan telah dibuka dan anggota penyelamat sedang bertungkus-lumus membawa keluar mangs4-mangsa banjir yang masih terk4ndas.
Lebih merisauk4n, banjir yang terjadi ketika ini terutamanya di Terengganu dan Kelantan bukanlah seperti kebiasaannya kerana air bah naik ketika bulan Februari.
Ribuan penduduk telah dipindahk4n dan ada diantara mereka masih lagi menanti bantuan tiba kerana arus d3ras begitu kuat di sesetengah kawasan sehingga bot-bot penyelamat tidak dapat melalui kawasan tersebut.
Lama berpaut pada pokok kelapa
Hal ini samalah seperti yang dikongsikan oleh seorang pengguna TikTok dikenali sebagai @megatmey apabila memuat naik satu video seorang lelaki yang menyelamatkan diri dengan berpaut pada pokok kelapa supaya tidak terbawa oleh arus.
Mujur lelaki itu cepat bertind4k dengan berpaut pada pokok dan bot penyelamat segera mendekatinya untuk membawanya ke tempat yang lebih selamat.
Sempat lagi minta tolong orang lain juga
Dalam pada masa yang sama, lelaki tersebut dipuji kerana tetap memikirkan keadaan orang lain dengan meminta bot penyelamat mencari orang lain yang sebelum ini turut mengalami nasib sama.
Nak tengok keadaan mak yang terputus hubungan
Menjengah keruangan TikTok @megatmey, saudara terdekat kepada lelaki yang berpaut pada pokok kelapa itu ada meninggalkan komen dengan mengucapkan syukur dan terima kasih kepada yang membantu saudaranya daripada dibawa arus deras.
Wanita yang dikenali sebagai Aza itu memaklumkan yang sepupunya itu sebenarnya mahu ke rumah ibunya kerana bimb4ng akan keadaan warga emas terbabit. Namun, tidak sangka dia terk4ndas dalam arus yang begitu kuat.
Tinggi pokok kelapa tu, kalau hari biasa tak sampai nak panjat
Sehubungan dengan perkongsian tersebut, rata-rata warganet telah meninggalkan komen dengan mengucapkan rasa syukur kerana lelaki itu selamat.
Mereka juga sempat menitipkan doa agar bencana banjir yang sedang berlaku di Pantai Timur ketika ini segera pulih dan berharap mereka yang menjadi mangs4 terus kuat serta tabah menghadapi ujian daripada Allah S.W.T.
Semoga dipermudahkan segala urusan
Terima kasih selamatkan abang tu
Lindungilah mereka semua dari sebarang kesusah4n ketika ini
Sumber: TikTok @megatmey
Leave a Reply