M!steri Kehil4ngan Zalina, P0lis Akhirnya Berjaya Jumpa Kontraktor Rumah, Rupanya Ini Berlaku

P0lis mengesahkan k0ntraktor yang terlibat dalam kerja-kerja pengubahsuaian rumah milik Zalina Azman tidak terkait dengan kehil4ngan bekas personaliti TV3 itu selepas 20 keterangan diambil kira-kira dua minggu lalu.

Ketua P0lis Daerah Shah Alam, Asisten K0misioner Mohd. Iqbal Ibrahim berkata, susulan sias4tan tersebut, beliau mengenal pasti tiga k0ntraktor yang tidak mempunyai kaitan dengan kehil4ngan Zalina atau nama sebenarnya Zalina Shaharah Azman, 58.

Menurutnya, ketiga-tiga k0ntraktor berkenaan termasuk ketuanya memberitahu, kerja-kerja pengubahsuaian banglo Zalina di S3ksyen 3 di sini bermula kira-kira setahun selepas rumah tersebut dibeli pada 2018.

“Tetapi k0ntraktor berbincang dengan Zalina, kemudian Zalina setuju dan bayaran dibuat secara berperingkat. Bayar ‘A’ selesai ‘A’, buat ‘B’ selesai B’, akhir sekali bayaran yang diterima (k0ntraktor) pada Ogos 2021, selepas itu Zalina kata sudah tak ada duit.

(Kerja pengubahsuaian) boleh dikatakan dalam 60 peratus (siap), ada lagi 40 peratus yang belum disempurnakan sebab kalau ikut harga asal quotation, RM320,000 dan jumlah bayaran dijelaskan adalah RM165,000 (pertama), kemudian RM75,000, bermakna ada baki bayaran dalam RM60,000,” katanya dalam sidang akhbar hari ini.

Mohd. Iqbal menambah, kali terakhir bayaran dibuat kepada kontraktor berkenaan adalah RM20,000 pada Ogos 2021 dan kerja tersebut dihentikan atas permintaan Zalina sendiri selepas memaklumkan kehabisan duit.

Terdahulu, Utusan Malaysia melap0rkan, p0lis menggeledah banglo Zalina sebanyak dua kali iaitu pada November 2021 dan awal Julai lalu, namun tidak menemui sebarang petunjuk dalam pencariannya.

Zalina dilap0rkan hil4ng pada 29 November tahun lepas selepas anaknya Mikhael Norman, 33,  g4gal menghubungi ibunya itu, p0lis kemudian menguar-uarkan kehil4ngan wanita itu pada 19 Julai lalu.

Dalam pada itu, Mohd. Iqbal memaklumkan p0lis merampas beberapa barangan dari banglo tersebut termasuk d0kumen dan sebuah komputer riba yang sedang dianalisis oleh pasukan f0rensik selepas melakukan pemeriksaan kali ketiga pada 28 Julai lalu.

“Kita tak mahu ada ketinggalan sebarang bvkti, ada beberapa dokumen kita rampas dalam rumah tersebut, kita buat rampasan komputer riba untuk membuat analisis di makmal f0rensik kita. Saya tak boleh dedahkan perinciannya, sebab rampasan itu masih dalam sias4tan kita.

“Kita periksa, ada laptop, kemudian itulah kita ambillah, kemudian habis. Kalau hendak cari tub0h pun memang tak ada sebab anjing pengesan pun memang tak jumpa jejak dekat rumah tersebut,” jelasnya

Lihat video:

Sumber: Utusan dan metro

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*