[VIDEO] “Sudikah awak menjadi lsteri saya”-TuIar Rakaman Azal lamar Neera Azizi, Zarina Zainuddin cerita perkara sebenar.

PELAKON Zarina Zainuddin menerima kec4man segelintir netizen selepas dia memuat naik video anaknya Muhammad Raizal Azrai atau Azal ‘melamar’ Neera Azizi ketika sedang berada di sebuah lokasi penggambaran drama.

Meskipun ia hanya sekadar lakonan, ada menganggap Zarina tidak sens!tif dengan keadaan Azal yang menghidap aut!sm tahap sederhana dan ia boleh memberi kesan g4ngguan em0si terhadap anaknya itu.

Menerima setiap teguran dengan hati terbuka, bagi Zarina cara sebegitu adalah satu pendedahan untuk Azal lebih berani dan berdikari.

“Saya rasa ia terlalu serius dan bukan mahu mainkan perasaan dia (Azal). Sebagai ibu pastinya saya mahu menjaga hati anak. Saya mahu latih dia berdikari dan yakin.

Zarina ditegur kerana tidak sensitif dengan anak aut!sm.

“Saya tahu sejauh mana hendak pergi dan apa yang boleh dilakukan. Azal pun dah reda soal jodoh dan dia tahu dirinya bagaimana,” katanya.

Dalam video tersebut, Azal dilihat menyarungkan cincin ke jari manis Neera selepas melamar pelakon itu untuk dijadikan isterinya.

Tind4kan Azal itu disambut dengan gelak tawa orang sekeliling dan Neera sendiri dalam satu perkongsian di Instagram menegaskan ia hanyalah sekadar lakonan.

Dalam masa sama, Zarina juga memberitahu dia punya cara tersendiri dalam mendidik anak istimewanya itu supaya dapat menjalani kehidupan lebih baik.

“Terima kasi atas k0men dan ingatan. Ada yang mar4h dan meneg0r dan dari situ saya akan perbaiki kesilapan.

Sebagai ibu pastinya saya mahu menjaga hati anak. Saya mahu latih dia berdikari dan yakin

“Cuma saya ingin beritahu saya lebih kenal anak sendiri dan aut!sm ini luas. Tidak ada yang sama antara satu dengan lain. Saya ada cara mendidik mengikut situ4si sekeliling.

“Azal bukan 100 peratus normal tetapi saya melatih dia sekurang-kurangnya menjalani 80 peratus normal dan menjalani kehidupan yang sihat dari segi ment4l serta fizikal,” ujarnya.

Sementara itu menerusi ruangan k0men, netizen meminta Zarina tidak lagi merakamkan video sebegitu kerana bimbang apa yang dilakukan boleh melukakan hati Azal.

Azal (kanan) mempunyai pasangan kembar iaitu Azil yang juga mengh!dap aust!sm.

“Tak kelakarlah. Tak sweet pun. Jangan bawa bergur4u perkara macam ini. Kesian budak tu. Apa punya mak? Siap p0st lagi.

“Tak bagus buat gurauan, anak-anak aut!sm sangat s3nsitif. Mereka pun ada naluri macam orang normal.

“Pemikiran dia tidak sama dengan kita yang normal. Andai dia benar-benar rasa suka, bukankah sudah mengguris hatinya,” k0men netizen.

Apa lah korang dia practice berlakun jer ..macam macam andaian kkrang buat .. korang ni memang senang terhibur ke atau senang mengec4m .. suka hati korang lah saya lebih kenal. anak saya hari2 dia berkepit dengan saya .. memang dia ada hati dengan perempuan cantik tapi dia tahu dia sapa ..sebab saya selalu ingatkan dia jodoh azal bidadari dari Syurga bukan di alam nyata ..” tulis Zarina

Biodata

1. Nama sebenarnya, Nurazneera binti Azizi. Dikenali sebagai Neera Azizi.

2. Kelahiran Bandar Melaka, negeri Melaka pada 11 Julai 1998.

3. Membesar di Kuantan, Pahang.

4. Berusia 21 tahun.

5. Merupakan pelakon, model dan penyanyi yang mula aktif dalam dunia hiburan sejak tahun 2016.

6. Kakaknya, Zeera Azizi juga terbabit sebagai pelakon dan penyanyi.

7. Pernah muncul menerusi single bergenre pop jazz berjudul ‘Rasa Hati’ ciptaan B-Heart.

8. Antara drama dibintanginya seperti Cinta Tngkap Muat, Sayangku Kapten Mukhriz, Patahnya Sebelah Sayap, Suri Hati Mr. Pilot, Miss Kapten Cikgu Waiz dan Andainya Takdir 2.

9. Termasuk telefilem Cik Sayur Encik Seafood dan Cik Celah Bedah.

10. Pembabitannya di layar perak menerusi filem Musyrik arahan Arjin Uppal.

11. Bergelar model dalam video muzik nyanyian Datuk Seri Siti Nurhaliza berjudul Menatap Dalam Mimpi dan Izzmad Harun berjudul Bulan Bintang.

Fakta Menarik

Beliau asalnya menanam cita-cita ingin menjadi juruterbang ketika di bangku sekolah. Namun sewaktu itu juga dia mula aktif di pentas teater termasuk menjayakan aktiviti seni.

Pembabitannya dalam dunia hiburan bermula selepas terpilih di uji bakat telefilem Cik Sayur Encik Seafood.

Rupa parasnya dikatakan mirip usahawan selebriti, Nur Sajat.

Peminat nombor satu pasukan bola sep4k negara.

Pernah menimbulkan kontroversi gara-gara menyanyi ‘sumbang’ di program Malaysia Hari Ini (MHI) pada tahun 2018.

Pernah dig0sipkan bercinta dengan pelakon Erwin Dawson.

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*