[VIDEO] “Boleh nak kahwin, Tapi…” Wartawan tanya macamana kalau Shuib nak kahwin lain?, Sekali Ini Resp0n Raisuddin..

Pelawak popular Shuib, mengakui dirinya lebih selesa mencari isteri bukan dalam kalangan selebriti mahupun usahawan sepertinya.

Setelah pemergian isterinya, Allahyarham Siti Sarah Raissuddin, Shuib menitikberatkan untuk mencari calon isteri yang mampu menjaga ibu dan empat orang anaknya dengan baik.

Namun, Shuib juga menyatakan selebriti dan usahawan bukanlah calon yang bersesuaian untuk dijadikan isteri kerana dia memahami kesibukan seorang artis dalam mencipta kerjaya.

“Saya sentiasa sibuk dengan perniagaan dan kerjaya. Dengan empat cahaya mata yang masih kecil, jadi rasanya tiada selebriti atau usahawan yang sanggup menjaga anak-anak saya.

“Tambahan pula, saya tahu bagaimana sibuknya kehidupan selebriti, begitu juga usahawan. Jadual saya sentiasa sibuk, jadi jika saya pilih wanita yang sama-sama sibuk, siapa akan jaga dan memberikan tumpuan kepada anak-anak?

“Sebab itu, saya tidak kisah jika calon daripada kalangan wanita biasa. Apa yang penting, calon isteri mampu menjaga Mama dan anak-anak saya. Jika boleh ‘pergi’ dengan dua syarat ini, insya-Allah, saya akan okay,” kata Shuib.

Selain itu, Shuib turut menyatakan perasaan serta penerimaan anak-anak dan ibunya lebih menjadi keutamaan dalam memilih teman hidup.

“Pasti, saya perlu memikirkan perasaan anak-anak. Memang keutamaan adalah penerimaan anak-anak dan Mama. Jika mereka terima, barulah saya teruskan.

“Jika tidak, saya tak akan teruskan kerana ini bukan soal saya seorang. Kalau boleh, saya nak kehidupan seperti dahulu macam mana arwh melayan dan rapat dengan Mama, begitu jugalah calon isteri yang saya mahukan.

“Arwh dengan Mama cukup rapat, mereka boleh menjadi teman baik dan berkongsi macam-macam perkara. Selain itu, bahagian anak juga paling penting,” kata Shuib.

Terdahulu, Allahy4rham Siti Sarah meninggaIkan suami dan empat cahaya mata, Uwais Alqarni, Dzahira Talita Zahra, Ariq Matin dan Ayash Affan.

Video,

Sumber: Berita Harian.

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*