Adi Putra Dkwa Telah Dipulau, Ini Respon Padu Penerbit Studio Kembara Abdul Rahman.

Tengah malam tadi, pelakon watak Mat Kilau iaitu Adi Putra memuat naik satu hantaran yang ditujukan khas buas penerbit Studio Kembara.

Apa yang mengejutkan adalah dia menyatakan ketidak hadiran dia ke tayangan gala filem Mat Kilau di Jakarta nanti. Ini semua berpunca kerana dia tidak dapat menghubungi pihak penerbit dan merasakan seperti dipulau.

“Assalamualaikum, kepada Kembara Studio Sdn Bhd (Studio Kembara), andai tidak cukup ‘handphone’ (telefon bimbit) kerana susah nak dihubungi, saya sudi hadiahkan satu ‘handphone’ agar mudah untuk berkomunikasi dan berurusan.”

“Akan kerana ini saya manfaatkan di ‘socmed’ (media sos!al) agar mesej saya sampai ke pihak Studio Kembara.”

Pelakon watak Mat Kilau itu juga berkata yang beliau tidak akan hadir tayangan gala filem itu di Jakarta, Indonesia.

Semoga mesej ini sampai ke pihak berkenaan dan semoga Allah permudahkan segala urusan.

Studio Kembara terkej0t apa yang did4kwa Adi Putra

Memetik lap0ran Harian Metro, penerbit dan pengarah urusan Studio Kembara, Abdul Rahman memaklumkan dia juga baru sahaja dimaklumkan tentang perkara ini. Beliau juga tidak pasti siapa yang dihubungi Adi Putra sehingga tidak dilayan.

Saya pun kawan baru hantar pagi ini, tiba-tiba saja. Saya tak pasti siapa yang dia hubungi. Nanti saya dapatkan maklum balas daripada kakitangan siapakah yang dia cuba hubungi.

Tunggu saya dapat respon staf dulu. Ada ke Adi Putra call tapi tak jawab. Pagi ni mungkin mereka tidur lagi. Semalam ada perbincangan lewat malam. – Jelas Abdul.

Wakil Penerbit Sudah Hubungi Adi Putra Sejak Khamis Malam Tapi ‘Mat Kilau’ Yang Tak Angkat?

Nampaknya benarlah ada salah faham antara pelakon Adi Putra dengan penerbit filem Mat Kilau, Studio Kembara. Mana tidaknya, lain yang didakwa Adi Putra, lain pula yang didkwa pihak penerbit.

Terkini, penerbit dan pengarah urusan Kembara Studio, Abdul Rahman Mt Dali menjelaskan wakil pihaknya sudah berusaha menghubungi kembali Adi pada malam Khamis (11 Ogos 2022) tapi tidak dijawab.

Pada puk0l 10.25 malam Khamis, Adi ada menghantar kiriman WhatsApp kepada adik saya selaku wakil Kembara Studio namun disebabkan kami sedang bermesyuarat, jadi dia minta tunggu sehingga selesai.

Sekitar 11 malam, adik saya ada menghubungi kembali tetapi tidak mendapat jawapan.

Tak tahu apa punca Mat Kilau marah
Dalam pada itu, Abdul mengakui masih tidak tahu apa punca sehingga berlaku lsu ini. Bagaimanapun, Abdul masih mahu tahu sebab mengapa Adi tidak mahu ke Indonesia dan tidak melihat ini lsu besar.

Mahu bawa semangat Malaysia dan budaya orang Melayu ke Indonesia.

Tindakannya itu tidak melanggar kontrak kerana kami tidak berbincang mengenai pemasaran filem tetapi sebaik-baiknya dia memberikan alasan yang boleh diterima kerana ramai menantikan kehadirannya.

Rasanya, ini salah faham kecil je ni dan tak perlu dibesarkanpun. Diharapkan pihak penerbit dan pelakon dapat selesaikan masalah ni secara profesional. Janganlah bergad0h sebab kami nak tengok Adik Putra lagi dalam Mat Kilau 2.

Kredit: Harian Metro.

Minta maaf dan selesaikan segera isu dengan Adi Putra – Syamsul Yusof

KUALA LUMPUR: Pengarah filem Mat Kilau, Syamsul Yusof, meminta pihak Kembara Studio mengambil tind4kan sewajarnya dan segera menyelesaikan konflik yang tercetuus antara syarikat pr0duksi itu dan pelakon, Datuk Adi Putra.

Kata Syamsul, lsu yang timbul antara kedua-dua pihak tidak seharusnya dipanjang-panjangkan dan perlu diselesaikan dengan cara baik.

Saya percaya Adi bukan seorang yang mudah melenting, apatah lagi menegur syarikat pr0duksi. Mungkin dia sudah berfikir semasak-masaknya sebelum membuat teguran kepada Kembara Studio di media sosial.

“Ada sebab kenapa dia berbuat demikian dan saya amat memahami apa yang dihadapinya.

“Jadi, saya berharap Kembara Studio mengambil perhatian terhadap apa yang diperkatakan Adi dan perbaiki sebarang masalah yang berlaku antara mereka. Kalau boleh isu ini jangan terus dipanjang-panjangkan,” katanya kepada Utusan Malaysia.

Adi sebelum ini, meluahkan kekesalannya terhadap Kembara Studio yang tidak memberi respon dan gagal menghubunginya semula selepas berkali-kali dia cuba mendapatkan mereka.

Dalam kenyataan di Instagram itu, Adi juga memaklumkan, dia tidak akan menyertai Kembara Studio dan pelakon lain ke Jakarta , Indonesia bagi mempromosikan filem Mat Kilau: Kebangkitan Pahlawan.

Syamsul juga berharap Kembara Studio segera meminta maaf kepada Adi bagi meleraikan isu yang tercetuus.

“Kembara Studio masih ‘hijau’ dalam bidang penerbitan filem dan Mat Kilau adalah produksi pertama yang mereka hasilkan.

“Mungkin masih banyak perkara tentang selok-belok penerbitan, selain pengurusan di set penggambaran dan haI ehwal kebajikan pekerja filem yang mereka kurang mahir.

“Harus diingat, kejayaan sesebuah filem itu adalah usaha bersama, baik penerbit, pengarah, pelakon dan kru pr0duksi serta teknikal. Jadi, perkara ini jangan dipanjang-panjangkan dan segera dileraikan supaya semua pihak dapat bergerak ke depan sebagai satu pasukan,” ujarnya.

Sumber utusan

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*