“Dia kata kesian dekat motor” – Gadis Kelantan minat k0nvoi tak lut dik3ji netizen, tetap berjiwa besar nak ‘ride’ pergi Phuket

SETIAP orang mempunyai hobi yang berbeza-beza.

Begitu juga gadis dari Kelantan ini yang diangap menongkah arus apabila serius menceburkan diri dalam hobi permotoran yang biasanya sinonim dengan golongan lelaki.

Menurut Nur Elisa Shafika Mohd Bakri, 19, minat itu bercambah sejak zaman kanak-kanak lagi namun langkahnya semakin panjang selepas menamatkan persekolahan.

“Saya minat tentang motor sejak sekolah rendah. Mula belajar tunggang motosikal masa darjah enam. Tiada siapa yang pksa, saya sendiri yang minat nak belajar.

“Selain k0nvoi beramai-ramai dalam Kelantan, saya juga pernah ikuti k0nvoi motor sampai ke Pulau Pinang, Perak dan Pahang. InsyaAllah kalau ada rezeki, saya nak k0nvoi ke luar negara lepas ni.

“Nak pergi ke Hatyai atau Phuket. Itu antara destinasi impian saya yang belum dicapai,” ujar anak bongsu daripada tiga beradik itu.

Senang disapa Icha, dia akui pernah mendapat tentangan keluarganya, namun tetap meneruskan hobi itu kerana minat yang mendalam terhadap aktiviti permotoran.

Kata Icha, pengalaman berkecimpung dalam hobi itu menjadikan dia lebih yakin dan berhati-hati terutamanya untuk berada di atas jalan raya.

“Dulu keluarga m4rah, kadang-kadang mereka tak bagi saya pergi ride. Dulu mereka l4rang, lepas dah habis sekolah, mak pun dah tak larat nak larang. Saya mula pergi ride jauh selepas habis sekolah.

Icha merupakan anak bongsu daripada tiga beradik.

“Yang penting kena tahu jaga diri. Saya tak pernah rasa tak0t nak naik motor, cuma kena hati-hati. Apabila berada atas motor, saya rasa tenang dapat ambil angin luar,” ujar peniaga yang menetap di Melor, Kota Bharu itu.

Dalam pada itu, Icha juga kerap berkongsi mengenai hobinya menerusi aplikasi TikT0k sehingga salah satu video miliknya meraih setengah juta tontonan.

Di sebalik video tular itu, Icha berkata dia juga tidak terlepas menerima kec4man serta k0men mengenai fizikalnya.

Kadang-kadang apabila saya keluar ada orang datang tegur, mereka kata kenal saya melalui video viral TikT0k.

“Sejujurnya saya terkej0t apabila video viral. Setiap video ada komen kec4man, seolah-olah mengh!na saya. Pada saya, boleh nak k0men tapi jangan sampai mengh!na.

“Tapi nak buat macam mana? Sebab itu hobi saya. Rasa sedih tu ada, tapi saya tak putus semangat. Biarlah orang h!na.

“Ada sekali tu, seseorang k0men, dia kata kesian dekat motor. Kalau motor boleh bercakap, mesti motor penat. Itu antara k0men yang saya ingat,” ujar pemilik Yamaha NVX itu lagi.

Icha juga pernah berk0nvoi sehingga ke Pulau Pinang, Perak dan Pahang.

Menurut Icha, dia bagaimanapun bersyukur kerana masih ramai yang memberi sokongan kepadanya menerusi media sosial.

“Ada je yang sokong, mereka kata suka tengok video permotoran, suka tengok saya pergi makan angin jauh-jauh naik motor.

“Sebelum ni pun ada kaum hawa yang mesej saya, dia minta ajar untuk ceburi hobi ni. Sebenarnya terlalu ramai yang beri sokongan.

“Kadang-kadang apabila saya keluar, ada orang datang tegur, mereka kata kenal saya melalui video viral TikT0k,” ujarnya yang memiliki lebih 15,000 pengikut di aplikasi video itu.

Sumber : mstar

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*