“Kenapa Pegang-Pegang?” – [VIDEO] Ahmad Dhani Sentuh Belakang Fazura Timbul Rasa Kurang Senang Peminat?

Umum mengetahui penyanyi, pelakon, dan usahawan Nur Fazura bakal melakar sejarah dalam kerjaya apabila kini bergelar penganjur konsert yang menghimpunkan nama-nama besar termasuklah penampilan khas Ahmad Band dari Indonesia serta maestro muzik, Ahmad Dhani bersama isterinya, Mulan Jameela.

Kongsi Pentas Bersama Ahmad Dhani
Menerusi video yang dimuatnaik oleh pengurus Fazura, iaitu Iman Tang di Instagram. Penyanyi itu dilihat berkongsi pentas bersama Ahmad Dhani yang sedang menyanyikan lagu sensasi, Sedang Ingin Bercinta di Indonesia.

“Ok Pakde, @ahmaddhaniofficial artiste saya @missfazura udah perf0rm tar nanti saya inv0ice payment aje ya.”-Kapsyen pengurus Fazura di Instagram.

 

Lihat siaran ini di Instagram

 

Siaran dikongsi oleh Iman Tang (@imantang75)

“Woi Pegang Bini Orang Pehal”
Walaubagaimanapun, timbul perkara kurang manis apabila Ahmad Dhani dilihat memegang belakang Fazura ketika mengajak pelakon itu untuk turut serta menyanyi di atas pentas yang telah menimbulkan reaksi kurang senang di kalangan peminat.

“Alamak..Tak rasa bersalah ke @ missfazura dok pegang-pegang gitu?? Sedih..”

“Woi pegang bini orang pehal.”

“Ala tak sukanya pegang gitu sebab kak Faz bertudung.”

“Ahmad Dhani tu yang pegang Fazura. Bukan Fazura yang pegang dia.”

“Tangan tu sebok nak pegang dah kenapa, botak-botak.”

“Kenapa pegang-pegang? Tak boleh hormat orang yang bertudung ke?.”

Sumber murai

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*