Siti Nurhaliza Ulas Masuk Wad

Baru-baru ini, sekeping foto bahagian tangan yang diambil dari katil wad oleh penyanyi nombor satu negara, Datuk Seri Siti Nurhaliza telah menjadi perhat!an warganet Masakan tidak, figura popular itu baru sahaja membuat kemunculan khas di Anugerah Juara Lagu ke-34 (AJL34) pada Ahad sebagai menyokong Bob Yusof yang menyanyikan lagu nyanyian asalnya, ‘Anta Permana’ di pentas berprestij itu.

Enggan membuat banyak pihak tertanya-tanya, Siti memberitahu yang dia baru sahaja selesai menjalani pembed@han kecil di sebuah pusat perub@tan swasta sebagai persediaan hamil: “Alhamdulillah, semalam selesai persembahan di Anugerah Juara Lagu ke-34 (AJL34), saya terus masuk wad untuk menjalani pembed@han kecil pagi tadi. Syukur, semuanya berjalan lancar,” tulisnya.

Bagaimanapun, Siti sebenarnya menjalani pembed@han tersebut sebagai persediaan untuk ham!l lagi. Bintang berusia 41 tahun itu seperti yang dilap0r menjelaskan, pr0sedur itu perlu dilakukan kerana dirinya akan menggunakan kaedah raw@tan persenyawaan in-vitro (IVF). Kaedah berkenaan turut dilakukannya untuk kandungan pertama.

“Pagi tadi (Isnin), Siti menjalani pembed@han kecil dan Alhamdulillah semuanya sel@mat. Pr0sedur ini perlu kerana Siti akan menggunakan kaedah rawatan kesuburan IVF, seperti yang pernah Siti lakukan sebelum ini. Siti harap semua pihak dapat doakan Siti supaya segera sembuh,” ujarnya.

Kira-kira enam jam yang lalu, ibu kepada Siti Aafiyah ini memuatnaik foto yang memaparkan dirinya berada di h0spital serta keterangan gambar yang menyatakan dia selamat menjalani pembed@han kecil di Instagram (IG) Story. Namun, Siti tidak memaklumkan dengan lebih lanjut jenis pembed@han yang dibuat.

Sebelum dimasukkan ke wad, Siti membuat persembahan bersama Bob Yusof mendendangkan lagu ‘Anta Permana’ di AJL34, kelmarin. Lagu ciptaan Hael Husaini dan Ezra Kong itu berjaya mencipta sukses apabila diumumkan sebagai pemenang ketiga. – Sumber dipetik dari Myartis

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*