Malaysia Dilantik Pembekal Utama Makanan Halal Di Olimpik Tokyo 2020

Penganjuran sukan Olimpik 2020 akan diadakan di Tokyo, Jepun dan pastinya ramai teruja ingin menyaksikan pelbagai acara yang akan dipertandingkan di kejohanan tersebut. Malah, Japan Airlines turut telah tawarkan 10,000 tiket percuma untuk anda hadir ke kejuaraan Olimpik Tokyo 2020.

Lebih menarik, Malaysia bakal menjadi pembekal makanan halal utama kepada atlet dan juga mereka yang terlib@t dalam kejuaraan Olimpik Tokyo 2020. Difahamkan, MyChef yang merupakan satu jenama makanan tempatan sedang bersedia untuk menghantar pr0duk makanan halal syarikat tersebut ke Jepun.

Pr0duk makanan halal yang akan dipasarkan adalah seperti nasi briyani dan nasi goreng. Untuk pengetahuan anda, Olimpik Tokyo 2020 ini akan berlangsung pada 24 Julai sehingga 9 Ogos ini.

Sekurang-kurangnya 50 negara Islam akan menyertai kejohanan ini dan  pastinya ini satu pended@han yang baik untuk pr0duk tempatan pasarkan produk halal ke peringkat antarabangsa.

Selain itu, pengunjung ke sukan Olimpik Tokyo 2020 turut boleh menikm4ti dan membeli makanan halal di Malaysia Street yang akan dianjurkan sepanjang kejohanan sukan itu nanti. – Sumber dipetik dari Thevocket

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*