Erra Bersyukur Diberi Rezeki Tunai Umrah Lagi

Pelakon Erra Fazira menerusi laman Instagram miliknya telah meluahkan rasa syukur atas rezeki yang diberikan kepadanya apabila berpeluang menjejakkan kaki di Tanah Suci, Mekah untuk menunaikan umrah sekali lagi. Erra atau nama sebenarnya Fazira Wan Chek, 46, berkata dia mengerjakan ibadah itu bersama beberapa orang sahabatnya yang sudah dianggap seperti ahli keluarga.

“Alhamdulillah… syukur kehadratMu Ya Allah. Kau panjangkan usia kami, kau murahkan rezeki kami dan kau menjemput kami menjadi tetamuMu Ya Rob. Sungguh besar kurniaan yang Engkau berikan pada kami Ya Allahhh. Kami bersyukur. Berlinang air mata mengerjakan umrah kali ini.

“Sahabat-sahabat yang aku sayangi, Deqsha, Ery dan Fawzi yang telah aku anggap seperti adik sendiri. Muti yang telah menjadi sebahagiaan dalam hidup ini juga kak Intan yang ku anggap kakak sulung yang banyak memberi perhatian dan kasih sayang buatku,” katanya.

Erra yang kini sudah pulang ke Malaysia berk0ngsi perkara itu dengan memuat naik beberapa foto ketika menunaikan umrah di Instagram pada Ahad. Difahamkan, pelakon itu terbang ke tanah suci sebelum Arab Saudi menggant0ng kemasukan jemaah untuk mengerjakan umrah dan melawat Masjid Nabawi, Madinah, untuk sementara waktu.

Pada Ogos tahun lalu, Erra berk0ngsi rasa gembira apabila berpeluang dijemput menunaikan rukun Islam kelima iaitu mengerjakan haji. Dalam pada itu, pengacara pr0gram Mingguan Wanita ini turut mengucapkan terima kasih kepada agensi umrah dan Ustaz Anaz yang membimbing mereka di sana.

“Semuanya bersatu hati dan terpanggil untuk mengerjakan umrah bersama. Semuanya kerana ingin mendekati dan menanamkan kecintaan yang dalam padaMu. Tak mampu kami lalui apa yang telah kami lakukan tanpa ada bimbingan dan sok0ngan yang padu daripada Ustaz Anaz yang lembut bicaranya, tinggi santunnya dan tenang serta damai orangnya,” ujarnya.  –  Sumber & foto dipetik dari Myartis, mStar & Instagram Erra Fazira

 

Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Like Page Kami Juga Di Facebook @Glowmedia

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*