Bakal Jalani Pr0ses IVF, Siti Elizad Berdoa Dipermudahkan

Saya sudah menjalani beberapa kali pemeriksaan dengan d0ktor sebagai persediaan untuk buat IVF. Alhamdulillah, maklum balas diberikan p0sitif. Insya-Allah, jika semuanya berjalan lan.car saya akan menjalani pr0ses ini selepas raya nanti. Apa yang penting sekarang, saya kena jaga kesihatan, pemakanan dan tubuh badan.

“Sebagai manusia, kita mampu merancang dan Allah yang tentukan segalanya. Saya hanya mampu berdoa semoga usaha ini diperkenan dan impian saya untuk mendapatkan cahaya mata dimakbulkan Allah,” jelas pelakon Siti Elizad yang berk0ngsi bakal menjalani ra.watan kesuburan in-vitro (IVF) selepas sambutan Aidilfitri nanti dan berdoa agar pr0ses itu dipermudahkan serta berjalan lancar.

Elizad atau nama sebenarnya Siti Elizad Mohamad Sharifuddin, 36, yang juga penyampai radio Sinar FM berkata, buat masa sekarang dia masih boleh menjalani aktiviti dan meneruskan aktiviti seni seperti biasa: “Diakui ramai r!sau tengok aktiviti harian saya terutama ketika menunggang motosikal. Ingin dijelaskan, saya belum buat IVF lagi. Kalau sudah buat nanti, saya akan berehat saja.

“Begitu juga dengan aktiviti seni lain, saya masih boleh bekerja macam biasa. Sebab itu, kalau tengok di IG saya aktif saja. Macam sekarang pun saya terbabit dalam penggambaran drama 34 epis0d, ‘Jalan Sesat Ke Syurga’. Terima kasih atas keprihatinan semua. Doakan yang baik-baik buat saya,” katanya.

Menerusi drama ‘Jalan Sesat Ke Syurga’ arahan Osman Ali itu, Elizad bergandingan dengan Datuk Aaron Aziz, Datuk Jalaludin Hassan, Aleza Shadan dan ramai lagi. Drama itu bakal ditayangkan di Astro Ria sempena Ramadan ini. – Sumber & foto dipetik dari Harian Metr0 & Instagram Elizad

 

Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Like Page Kami Juga Di Facebook @Glowmedia

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*