Keputusan Kes Saman Terhadap Fazura Ditangguh

Keputusan kes saman pemilik syarikat Maydan Trading terhadap Nur Fazura, atau nama penuhnya Nur Fazura Shariffudin atas dak.waan melan.ggar perjanjian syarikat selepas pelakon yang juga penyanyi itu melan.carkan pr0duk kesihatan dan kecantikan ‘TRUD0LLY’ dalam temp0h perjanjian itu telah ditetapkan pada 6 Mei oleh Mahka.mah Tinggi Kuala Lumpur pada Selasa.

Hakim Datuk Mohd Firuz Jaffril sepatutnya membuat keputusan itu pada Selasa, namun ditangguhkan pada 6 Mei, berikutan lanjutan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) oleh kerajaan. Perkara itu dimaklumkan peguam Fakhrul Azman Abu Hassan yang mewakili Nur Fazura ketika dihubungi Bernama semalam. Mahka.mah sebelum ini mendengar keterangan daripada beberapa saksi, termasuk Nur Fazura.

Narhamdan Abd Malek, yang memiliki dan menjual pr0duk kesihatan, iaitu ‘candy’ yang boleh dikunyah dikenali sebagai ‘Q Tab’ untuk kesihatan rambut, kulit dan kuku memfailkan saman pada 16 Disember 2017 dengan menamakan Nur Fazura, 37, dan Universal Music Sdn Bhd sebagai defendan pertama dan kedua.

Dalam penyataan tunt0tan, Narhamdan selaku plaintif mendak.wa pada 10 Ogos 2017 terdapat perjanjian antara beliau dengan Universal Music supaya Nur Fazura memasarkan pr0duk ‘Q Tab’ dalam tempoh enam bulan melalui media sosial, khususnya Instagram milik pelakon itu, selain Nur Fazura perlu mengambil gambar dan video bagi kegunaan plaintif dalam pemasaran pr0duk berkenaan.

Plantif mendak.wa selepas beliau menandatangani perjanjian pada 10 Ogos, 2017 untuk perkhidmatan defendan pertama (Nur Fazura), plaintif sudah membayar RM100,000 kepada defendan kedua (Universal Music) dan wang RM56,000 turut dibayar pada 24 Ogos tahun sama, mengikut syarat perjanjian dipersetujui.

Bagaimanapun, plaintif mendak.wa pada akhir September 2017, Nur Fazura melan.car dan memasarkan pr0duk kesihatan dan kecantikan berasingan, iaitu ‘TRUD0LLY ‘TruBeauty’ oleh Fazura sepanjang temp0h perjanjian berkenaan.

Dak.wa Narhamdan, akibat pelang.garan yang berlaku dalam pemasaran Trudolly oleh Fazura dan Universal Music dalam persaingan dengan pr0duk ‘Q Tab’, plaintif mengalami kerugian apabila pemasaran pr0duknya diabaikan dan memihak kepada Trudolly, selain mendak.wa penjualan produk ‘Q Tab’ sudah berkurangan.

Oleh itu, plaintif antara lain menunt0t pembayaran balik RM156,000 daripada kedua-dua defendan, ganti rugi RM141,755.61 kerana pelang.garan k0ntrak, faedah dan kos. Fazura dalam penyataan pembelaan difailkan pada 29 Januari, 2018 mendak.wa beliau tidak pernah memasuki apa-apa perjanjian dengan plaintif, tidak terikat serta tidak mempunyai sebarang k0ntrak perjanjian dengan plaintif. – Sumber & foto dipetik dari Myartis, Astr0 Gempak & Instagram Nur Fazura

 

Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Like Page Kami Juga Di Facebook @Glowmedia

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*