Dayana Amerda & Hadi Mazlan Selamat Timang Anak Sulung Pada 1 Ramadan

Pasangan bintang Idola Kecil yang sama-sama berusia 21 tahun, Dayana Amerda dan Hadi Mazlan telah sela.mat menimang cahaya mata sulung mereka pada 1.20 pagi hari Jumaat iaitu pada satu Ramadan.

Perkara itu diumumkan menerusi akaun media sosial suami Dayana, Hadi Mazlan dan ibunya, Aida Daud: “Isteri saya, Siti Amirah Dayana selamat bersalin pada 1 Ramadan pada jam 1.20 pagi ini. Syukur pada Allah,” tulis Hadi.

Sementara itu, Aida turut meluahkan rasa gembira dan terujanya biarpun Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) sedikit membataskan urusan mereka sekeluarga: “1 Ramadan rezeki besar buat kami. Selamat datang cucu nenek. Dia punya happy dan sebak tu tak boleh nak cakap. Lain rasanya. PKP ni sangat terbatas. Alhamdulillah Allah permudahkan semua. Syukur,” k0ngsi Aida.

Untuk makluman, Dayana dan Hadi yang pernah sama-sama membintangi drama ‘Elly & Epit’ mendirikan rumah tangga pada Jun 2019. – Sumber & foto dipetik dari Myartis, Astr0 Gempak, Instagram Hadi Mazlan & Aida Daud

 

Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Like Page Kami Juga Di Facebook @Glowmedia

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*