Hun Haqeem Akui Minat Ara Sebelum Jadi Artis Lagi

“Kami tidak ada hubungan istimewa pun. Kami memang berkawan baik sahaja. Saya kan pelakon baru tapi saya memang peminat dan suka Ara sebelum saya bergelar artis lagi. Dari awal lagi saya sok0ng semua karya dia. Kebetulan pula, saya dah mula berlakon dia pula minat lakonan saya. Kiranya kami berdua menyedari satu sama lain.

“Tapi kami hanya kawan baik sahaja dan mula mengenali satu sama sejak setahun yang lalu. Ara seorang yang sangat baik dan kami selesa berkawan,” demikian kata pelakon Hun Haqeem yang mengakui Ara Johari seorang yang baik dan dia sudah lama menyimpan perasaan suka terhadap penyanyi itu sebelum dirinya berge.lar seorang selebriti lagi.

Hun atau nama sebenarnya Haqeem Hermy, 22 berkata dia dan penyanyi lagu ‘Bunga’ itu bagaimanapun tidak mempunyai hubungan istimewa namun hanya sekadar berkawan baik dan persahabatan mereka bermula sejak tahun lalu.

Pelakon yang mula menjadi perhatian selepas membintangi drama p0pular ‘Kampung People’ itu berk0ngsi mengenai perkara itu menerusi sesi siaran langsung (IG live) bersama mStar pada petang, Jumaat. Sebelum itu, beberapa orang peminat bertanyakan soalan mengenai hubungan mereka selepas menyedari Ara dan Hun kelihatan rapat ketika membuat IG Live bersama baru-baru ini.

Bertanyakan mengenai aktiviti dan caba.ran sepanjang pelaksanan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) yang bermula sejak 18 Mac lalu, Hun memberitahu dia memasak untuk keluarga hampir setiap hari dia. Selain itu, dia turut meluahkan rasa sedih apabila terpaksa membatalkan hasrat untuk mengadakan majlis berbuka puasa bersama peminat.

“Sebenarnya tak ada apa sangat pun yang saya buat sepanjang PKP ini. Saya duduk dengan keluarga dan kadang-kadang ada masa saya masak untuk mereka. Macam-macam juga yang saya masak. Ada masa masakan saya tak berapa jadi tapi saya cuba adjust ikut citarasa sendiri. Selain itu, ada juga bersenam. Tak banyak pun aktiviti yang boleh dilakukan.

“Perancangan nak buat majlis berbuka puasa bersama peminat terpa.ksa dibatalkan sebabkan perlaksanaan PKP ini. Tak ada rezeki nak berbuka puasa dengan peminat pada tahun ini. Sh00ting untuk drama ‘Kampung People Raya’ pun tak dapat nak diteruskan,” ujarnya. – Sumber & foto dipetik dari Myartis, mStar, Instagram Hun Haqeem & Ara Johari

 

Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Like Page Kami Juga Di Facebook @Glowmedia

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*