“Alhamdulillah Akhirnya Keluar Juga Perkataan ‘Mama’…” Ibu

Bayi kesayangan rakyat Malaysia, itulah dia adik Ainul Mardhiah, yang dilihat semakin membesar dengan sihat dan bijak sekali, selepas selesai menjalani pembedahan membuang ketumbuhan di mulutnya.

Dalam perkembangan terbaru, menerusi muat naik video di Instagram ibu Ainul iaitu, Nurul Erwani, memaparkan Ainul buat pertama kalinya menyebut ‘mama’.

Hampir mencecah usia dua tahun, sudah semestinya itulah perkataan yang dinanti-nanti oleh ibu Ainul Mardhiah. Kata Nurul Erwani di dalam kapsyennya, saban hari Ainul berusaha untuk menyebut ‘mama’.

“Setiap hari latih Ainul untuk panggil mama. Alhamdulillah akhirnya keluar juga perkataan mama tu…”

Melihat Ainul membesar dengan sihat, rata-rata netizen juga meluahkan rasa syukur dengan perkembangan positif bayi kesayangan rakyat Malaysia  itu.

Semoga Ainul akan terus sihat, dan membesar menjadi seorang insan yang berguna yang mampu menjadi inspirasi buat ramai orang.

Sumber: KL Media